NACKVISION COM

Monday 11 March 2013

YOP LAN DIBERI PENGHORMATAN MERASMIKAN MESYUARAT AGUNG KHAIRAT KEMATIAN

SUNGAI SIPUT : Khairat Kematian Kampung Pulau Mentimun, Talang & Trosor telah mengadakan Mesyuarat Agung kali ke-41 hari ini bertempat di Dewan Abdul Malik, Trosor dekat sini.  Ir. Haji Ahmad Mazlan Othman (Yop Lan) telah dijemput dan diberi penghormatan merasmikan Mesyuarat Agung berkenaan. Difahamkan, ini adalah kali ketiga beliau dijemput merasmikan Mesyuarat Agung yang sama. Pada tahun lepas Dato' Dzulkifli bin Hj. Haron selaku Ketua UMNO Bahagian Sungai Siput merasmikan mesyuarat berkenaan.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada Encik Mahalil bin Ishak selaku Pengerusi Khairat Kematian dan Ahli Jawatankuasa yang telah memutuskan menjemput beliau merasmikan mesyuarat agung kali ini.Walaupun beliau dan Encik Mahalil Ishak mempunyai fikrah politik yang berbeza, namun itu tidak menjadi halangan demi kebaikan masyarakat.

Antara lain intipati ucapan beliau, banyak menyentuh mengenai berbuat kebajikan untuk mendapat rahmat dan barakah dari Allah.Beliau merujuk kepada Firman Allah yang bermaksud " hendaklah kamu bertolong-tolong dalam berbuat kebajikan dan taqwa ,janganlah kamu bertolong-tolong dalam melakukan maksiat". Sebagai contoh, berada dalam majlis mesyuarat kali ini juga dikira sebagai berbuat kebajikan dan diberi ganjaran pahala oleh Allah.

Menyingkap kembali kedatangan Islam 700 tahun yang silam, dimana sebelum kedatangan Islam manusia menganut agama hindu dan menyembah berhala. Mubaliq telah mengembangkan Agama Islam di nusantara dengan berbekalkan ilmu, budi pekerti dan akhlak yang baik.Pada ketika itu raja-raja Melayu yang menjadi pemerintah cukup kuat berpegang kepada agama. Ini dikuti orang Melayu khasnya cukup taat kepada raja pemerintah. Sekarang Malaysia mengamalkan pemerintahan "Raja Berpelembagaan".

Dalam Malaysia yang mempunyai penduduk sekitar 28 juta orang, Melayu cuma 60% dan selebihnya bangsa-bangsa lain.Kita hendaklah berdakwah dan berbuat baik dengan menunjukkan contoh yang baik kepada bangsa lain.agar mereka tidak takut kepada Islam. Ubah minda kita, semaikan kasih sayang dan tolong menolong diantara satu sama yang lain tanpa mengira kaum.Terangkan kepada mereka kebaikan Islam barulah mereka tidak takut kepada Islam.


Dalam proses memilih pemimpin pastikan kita sudah ada pilihan kerana kita ada hak memilih. Mata, telinga, tangan, kaki dan akal (minda) kita berhak menentukan pilihan yang terbaik.Setiap yang bernyawa pasti akan menemui kematian. Ini adalah satu peringatan kepada kita dan semua ini akan disoal diakhirat kelak.        

No comments:

Post a Comment