SUNGAI
SIPUT : Program menyantuni masyarakat tidak kira dibandar atau didesa
yang telah diatur bagi calun Pakatan Rakyat DUN Lintang Ir. Haji Ahmad
Mazlan Othman (Yop Lan) dengan gandingan mantap YB Dr. Jeyakumar
berjalan mengikut jadual hari ini. Tujoh buah kampung antaranya Kampung
Trosor, Suak Ponggor Jawang, Salak Utara, Salak Baru termasuk Pekan
Karai, Pekan Lintang dan Pekan Lasah dekat sini telah dikunjungi
kedua-dua calun diiringi Pengarah Pilihanraya MTD Lintang Ahmad Puat Abd
Ghani dan petugas-petugas Jentera pilihanraya parti komponen Pakatan
Rakyat.
Tinjauan
kami rata-rata masyarakat berbilang kaum yang ditemui mahukan perubahan
di DUN Lintang khasnya dan mengekalkan YB Dr. Jeyakumar sebagai Ahli
Parlimen Sungai Siput dalam pilihanraya yang mungkin berlaku dalam masa
terdekat.Lawatan seperti ini adalah merupakan siri lawatan secara
bergabung buat kali keempat sejak beberapa bulan lalu.
Program
serampang dua mata ini bertujuan mendampingi masyarakat secara dekat
,disamping mengedarkan buletin dan risalah berkala Pakatan Rakyat bagi
membolehkan masyarakat mendapat maklumat perkembangan semasa dalam
negara.
No comments:
Post a Comment