NACKVISION COM

Sunday 10 March 2013

PAS SUNGAI SIPUT BANTU IBU TUNGGAL

SUNGAI SIPUT : Negara sudah mencapai kemerdekaan, 55 tahun sudah berlalu dibawah pemerintahan kerajaan BN, namun masih ada masyarakat yang terpinggir dari arus pembangunan.Keluhan dan rintihan rakyat yang benar-benar memerlukan bantuan dari kerajaan yang memerintah tidak dihiraukan walaupun telah diajukan kepada pihak yang berwajib.

Puan Rahmah binti Haron, ibu tunggal di Kampung Batu 11, Lintang bersama anaknya seramai tiga orang yang masih belum mendapat pekerjaan tetap, tidak mampu untuk menganti atap rumah beliau yang bocor dan boleh dikatakan semuanya telah reput. Pihak UMNO/BN sudah melihat sendiri keadaan rumah beliau, dan mengambil gambar sekadar memenuhi album untuk tontonan tanpa sebarang tindakan.

Pada masa yang sama, semasa menziarahi anak beliau meninggal dunia baru-baru ini. Ir. Hj. Ahmad Mazlan Othman (Yop Lan) sempat ditemui keluarga berkenaan dan menceritakan keadaan yang berlaku. Beliau sungguh terharu dan amat bersimpati dengan keluhan ibu tunggal berkenaan. Atas daya inisiatif Ir. Hj. Ahmad Mazlan Othman, PAS Kawasan Sungai Siput melalui dana "Tabung Kebajikan " telah berjaya menganti kesemua atap rumah beliau secara kerja gotong royong dikalangan ahli PAS dan masyarakat setempat.

Pihak tuan rumah sekeluarga begitu terharu dengan tindakan pantas pihak PAS Kawasan Sungai Siput dan mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga. Sekalong penghargaan kepada petugas sukarela yang bertungkus lumus dalam keadaan panas terik untuk berkhidmat kepada masyarakat amat dihargai.

No comments:

Post a Comment