NACKVISION COM

Thursday 21 March 2013

RAKYAT DIPINGGIRKAN KRONI DIUTAMAKAN


SUNGAI SIPUT : Negara  telah mencapai kemerdekaan melepasi 55 tahun dibawah pemerintahan kerajaan UMNO/BN, namun dikampung-kampung kemudahan  asas masih belum dapat dinikmati oleh rata-rata rakyat. Kampung Loh adalah sebuah kampung terletak 2 kilometer dipinggir Pekan Karai dekat sini  telah diabaikan oleh pihak berwajib dari mengecapi arus pembangunan dimana sesudah matahari terbenam pada waktu malam suasana dikampung pendalaman gelap gelita .

Struktur jalan di Kampung Loh ada tiga peringkat iaitu jalan besar, jalan tengah dan jalan bawah. Pembangunan dan kemudahan asas lampu jalan banyak diberi tumpuan kepada jalan besar sahaja. Lampu berderetan dari jarak yang amat dekat antara satu sama lain. Taburan rumah dan penduduk ramai disebelah jalan tengah dan jalan bawah (gambar sebelah tiada lampu jalan).


Lampu jalan adalah menjadi kemudah asas yang amat perlu kepada penduduk dipersekitaran memandangkan sebilangan besar pelajar-pelajar dan orang  ramai terpaksa melalui jalan bawah dan jalan tengah sebelum sampai kejalan besar untuk kesekolah dalam keadaan gelap gelita dan amat berbahaya kepada keselamatan mereka. Malah bagi penduduk dipersekitaran juga terpaksa mengharungi keadaan yang sama untuk urusan peribadi sebelum sampai ke lokasi yang dituju.

Sudah 8 orang ketua kampung bertukar tangan sejak negara mencapai kemerdekaan namun tiada sebarang tindakan diambil. Ketua Kampung Loh Hasanal Basri bin Manas ketika dihubungi memberikan jawapan yang amat negetif   . Pada masa yang sama sebuah lampu jalan telah dipasang dihadapan rumah saudara beliau walaupun sebuah rumah sahaja berada disitu(gambar bawah). Selain dari itu, lampu jalan juga dipasang dilaluan kerumah beliau dan jiran terdekat (gambar atas).

Slogan yang dilaung-laungkan oleh pihak kerajaan “rakyat didahulukan pencapaian diutamakan” hanya omong-omong kosong . Apa yang berlaku ialah “kroni diutamakan, rakyat diketepikan”. Tiga belas (13) lokasi yang memerlukan lampu jalan telah dikenalpasti.

Dalam perkembangan yang sama, penduduk dikawasan terlibat telah mengemukan permohonan kepada Pegawai Daerah Kuala Kangsar pada 26 Ogos, 2010 dan diakui terima pada 28 Oktober, 2010, hingga kehari ini tidak menerima sebarang jawapan dan tindakan.

Admin

No comments:

Post a Comment