NACKVISION COM

Tuesday 26 March 2013

LAWATAN YOP LAN KE PERKAMPUNGAN ORANG ASAL

SUNGAI SIPUT : Rombongan Ir. Hj Ahmad Mazlan Othman (Yop Lan) calun Pakatan Rakyat DUN Lintang diiringi Ahmad Puat Abd Ghani dan rakan-rakan menaiki dua buah pacuan empat roda berlepas ke penempatan orang asal Kuala Mu jam 9.00 pagi tadi bagi meninjau secara dekat dan menyantuni masyarakat orang asal disepanjang perjalanan merentasi Kampung Baung,Perjek, Pos Legap dan terus ke Kuala Mu 35 kilometer dari Lasah dekat sini.

Rombongan kami sempat singgah di Perjek dimana sebuah jambantan gantung yang dibina dua tahun lalu atas sumbangan ehsan YB Dr
Jeyakumar, Ir. Hj Ahmad Mazlan dan orang ramai yang perihatin perlu diselenggara dan dibaik pulih lantai jambatan berkenaan bagi mengelakkan kemalangan diluar jangka.Menurut Yop Lan, apa yang beliau lakukan semuanya kerana Allah dan amat bersimpati dengan keadaan kehidupan mereka yang serba kekurangan. Mereka juga  adalah rakyat dan berhak menikmati hidup selesa seperti rakyat lain .

Perlu diingat bahawa kita bukanlah pemerintah seperti UMNO/BN, mempunyai peruntukan kewangan yang boleh disalurkan untuk pembangunan rakyat. Rata-rata rakyat di kawasan parlimen Sungai Siput tahu bahawa kerajaan memerintah Barisan Nasional telah menganiayai mereka di kawasan ini dimana kerajaan telah menafikan peruntukan kepada Ahli Parlimen   yang dikuasai pembangkang. Sepatutnya peruntukan pembangunan disalurkan secara adil tidak kira samada dari parti memerintah atau pembangkang kerana ini adalah hak rakyat.  Ini adalah kali ketiga Yop Lan melawat kawasan berkenaan dalam tempuh terdekat.

No comments:

Post a Comment