NACKVISION COM

Thursday 14 March 2013

UNTUK KRONI BOLEH, UNTUK RAKYAT BANKRAP

SUNGAI SIPUT: Pemimpin UMNO/BN sanggup berkorban berbilion ringgit untuk menyelamatkan kroni mereka tetapi di masa yang sama memperkecilkan cadangan Pakatan Rakyat untuk mengurangkan beban yang ditanggung rakyat sebagaimana yang digariskan dalam manifesto Pakatan Rakyat dibentangkan baru-baru ini.

Kerajaan BN sanggup melangsaikan hutang bekas Pengarah Urusan Perwaja Steel, mendiang Eric Chia dan bekas Pengerusi Penerbangan Malaysia, Tan Sri Tajudin Ramli yang berjumlah berbilion ringgit, namun keberatan untuk membelanjakan wang negara untuk kebajikan rakyat.

Pemimpin UMNO/BN berpendirian bahawa negara akan bangkrap jika cadangan Pakatan Rakyat untuk menurunkan harga minyak dan kereta, memberikan pendidikan percuma, menghapuskan tol dan lain-lain jika dilaksanakan.Pakatan Rakyat bukanlah menentang kekayaan orang Melayu, yang ditentang adalah pembolotan kekayaan dan budaya kronism yang diamalkan untuk pemberian projek.

UMNO/BN beranggapan mereka sahaja yang layak memerintah Malaysia dan apa yang mereka laksanakan semuanya betul belaka dan mendapat sokongan juak-juak UMNO yang berada dibawah. Pada masa yang sama mereka memperlekehkan apa yang dicadangkan oleh Pakatan Rakyat walaupun betul dan memberi manafaat kepada rakyat.Ada sesetengah cadangan pada mulanya ditentang oleh mereka tetapi akhirnya mereka kitar semula idea berkenaan untuk dilaksanakan.  

Apakah mereka tidak nampak prestasi cemerlang negeri-negeri yang diperintah Pakatan Rakyat seperti Selangor, Kelantan, Pulau Pinang dan Kedah. Keempat negeri ini telah menunjukkan prestasi cemerlang dan mendapat pujian dari Ketua Audit Negara dalam laporannya pada tahun lalu.

-Pengarang.

No comments:

Post a Comment