NACKVISION COM

Monday 18 March 2013

MINUM PETANG BERSAMA HJ. MOHAMAD SABU


SUNGAI SIPUT : Kehadiran Ybhg. Tn Haji Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS ke Kampung Maamor, Jalan FELDA Lasah dekat sini mendapat sambutan diluar dugaan. Ketibaan beliau dan rombongan tepat jam 5.00 petang disambut oleh Ir. Hj. Ahmad Mazlan Othman, calun Pakatan Rakyat DUN Lintang, diiringi berpuloh-puloh deretan kereta dan motosikal dari Simpang Trosor ketapak program sejauh 5 kilometer.

Haji Mohamad Sabu dalam ucapan ringkasnya membidas pihak kerajaan BN dalam beberapa isu keselamatan negara dan tindakan diluar batasan  serta provokasi yang dilakukan oleh penyokong UMNO/BN sejak akhir-akhir ini bagi menganggu ceramah Pakatan Rakyat dengan membaling batu dan objek lain kearah orang ramai.Tindakan yang tidak bertamadun ini patut dihentikan segera bagi mengelakkan orang ramai hilang sabar dengan gelagat penyokong UMNO/BN.

Pegawai kerajaan dan anggota polis hendaklah menunjukkan sikap profesional tidak menyebelahi mana-mana pihak dalam menjalankan tugas dan berintergriti tinggi. Sebagai contoh yang amat ketara dimana beliau merujuk kepada pendakwaan YB.Tian Chua baru-baru ini. Beliau tidak menghalang pihak kerajaan untuk mendakwa YB Tian Chua kemuka pengadilan tetapi apa yang dipertikaikan ialah pergerakan beliau sentiasa diganggu oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
Pihak kerajaan tidak berlaku adil dalam menangani beberapa isu antara lain contoh ialah tindakan Ibrahim Ali membakar bible tidak didakwa tetapi jika sekiranya perkara seumpama itu berlaku kepada penyokong Pakatan Rakyat dengan serta merta diambil tindakan.
Menurutnya PAS telah kalah pilihanraya sudah 12 kali tetapi tidak hairan dengan kekalahan dan terus berjuang hingga kehari ini. Kami tidak pernah memberontak dan menwujudkan suasana huru hara walaupun kalah. UMNO/BN dilihat begitu gelisah sejak akhir-akhir ini melihatkan rakyat sudah tidak lagi menyokong mereka walaupun diumpan dengan berbagai-bagai janji. Sebenarnya UMNO/BN takut kehilangan kuasa memerintah. Rakyat hari ini sudah cerdik dan bermaklumat walaupun berada diceruk rantau dipendalaman negara. Dahulu betul “anak kecil bermain api” tetapi sekarang telah banyak berubah “anak kecil bermain internet” sambil bergurau. 
UMNO/BN sudah tidak lagi mempunyai modal untuk berkempen, hanya satu sahaja senjata yang ada iaitu mengapi-apikan semangat perkauman. Kaum-kaum Cina dan India sejak mutakhir ini sudah tidak lagi takut dengan berbagai ugutan sentiment perkauman, mereka telah matang dan tetap bersama Pakatan Rakyat untuk menumbangkan UMNO/BN dalam pilihanraya ke-13 nanti.
Dalam masa yang sama,golongan muda dan pertengahan juga lebih yakin dengan perjuangan Pakatan Rakyat, ini terbukti jelas dengan penyerahan borang menjadi ahli PAS seramai 52 orang . Dalam majlis yang sama,Tuan Haji Zakaria bin Ismail telah diberi penghormatan menyerahkan borang berkenaan kepada Hj. Mohamad Sabu selaku Timbalan Presiden PAS Pusat .
Admin.

No comments:

Post a Comment