NACKVISION COM

Wednesday 27 March 2013

JELAJAH TRELER NEGARA BERKEBAJIKAN KE R&R SALAK, SG. SIPUT



SUNGAI SIPUT : Jelajah Treler Negara Berkebajikan yang bertandang ke negeri Perak sejak 26 Mac, 2013 lalu singgah di Perhentian Rawat dan Rehat (R&R) Salak, Sungai Siput jam 5.00 petang hingga 7.00 malam hari ini. Pelbagai acara yang telah disediakan antara lain ialah program persembahan nasyid “Jaya Setia Jalong”,dipimpin oleh Puan Aziah Awang, semakan daftar pemilih terkini, penyampaian sumbangan pelajar cemerlang SPM 2012 dan minum petang secara santai.
Pelajar cemerlang menuntut di Sekolah Menengah Izudin Ipoh adik Mohamad Naquiddin Yusof dari Taman Desa Kledang, Sungai Siput muncul sebagai pelajar cemerlang mendapat 11A1 dan 1A. Seramai 15 pelajar cemerlang yang lain turut menerima sumbangan berupa wang tunai.
Treler Negara Berkebajikan yang bertukar menjadi sebuah pentas dimeriahkan lagi dengan 2 personaliti terkenal iaitu Bob Lokman dan Pak Jabit yang mengacarakan persembahan dan ucapan di situ.

Calun Pakatan Rakyat DUN Lintang Ir. Hj Ahmad Mazlan Othman , pimpinan PAS Kawasan, pimpinan DHPP Sungai Siput ,YB Dr. Jeyakumar dan pimpinan Pakatan Rakyat yang lain turut sama hadir memberi sokongan moral. Orang ramai yang berkunjung bagaikan terpukau mendengar ucapan ringkas personaliti terkenal Bob Lokman dan Pak Jabit.

Orang ramai yang berkunjung tidak melepaskan peluang bergambar kenangan bersama Bob Lokman dan Pak Jabit, ada diantara mereka sempat bergambar di atas treler Negara Berkebajikan. Pada sebelah malam, treler akan berkunjung ke Bukit Chandan Kuala Kangsar bagi membolehkan penduduk di kawasan Kuala Kangsar melihat dengan lebih dekat .

No comments:

Post a Comment