NACKVISION COM

Wednesday 8 May 2013

PAS SUNGAI SIPUT TETAP BERSAMA RAKYAT WALAUPUN TEWAS PRU-13


SUNGAI SIPUT : PAS Kawasan Sungai Siput akan terus bersama-sama rakyat di kawasan itu dalam membawa isu-isu kebajikan mereka walaupun tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) minggu lalu.

Calon PAS mewakili Pakatan Rakyat di Dewan Undangan Negeri Lintang, Ir. Hj. Ahmad Mazlan Othman (Yop Lan) berkata, dengan undi sebanyak 7,467 beliau yakin rakyat masih bersama parti itu.

"PAS Kawasan Sungai Siput akan tetap menjadi suara kedua, "check and balance" terhadap apa sahaja yang melibatkan penduduk di Dewan Undangan Negeri Lintang," kata beliau ketika dihubungi hari ini.

Tanpa menganggap ia satu kekalahan, Ir. Hj. Ahmad Mazlan Othman (Yop Lan) menambah, itu adalah merupakan sebahagian dari tanggungjawab yang perlu diteruskan. Pada masa yang sama Yop Lan mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada pengundi-pengundi dan semua pihak atas do’a dan sumbangan dalam berbagai-bagai bentuk . Ganjaran ALLAH SWT adalah pasti dan Allah putuskan yang terbaik untuk hambaNya. Yop Lan memohon maaf atas sebarang kesilapan dan kelemahan.

No comments:

Post a Comment