NACKVISION COM

Monday 25 March 2013

PERUNTUKAN RM 1 JUTA SETIAP KAWASAN PARLIMEN DINAFIKAN OLEH KERAJAAN BN




SUNGAI SIPUT :Kerajaan BN diterajui Perdana Menteri Najib telah menafikan pembahagian peruntukan 1 juta untuk kawasan Parlimen Sg Siput  yang diwakili  pembangkang, sedangkan pembahagian peruntukan diwakili UMNO dan lain-lain parti dibawah BN diberikan peruntukan tersebut.


Ini menunjukkan betapa rakus dan sombongnya kerajaan BN diterajui Najib. Secara jelas BN menafikan HAK RAKYAT dikawasan Sungai Siput khasnya mengecapi pembangunan melalui peruntukan tersebut. 


Buat pertama kali dalam sejarah demokrasi berparlimen di Malaysia, YB.Dr. Jeyakumar Ahli Parlimen Sungai Siput, telah menyaman kerajaan Malaysia pada 29.10.2010 kerana gagal memberikan peruntukan pembangunan untuk kawasan Parlimen Sungai Siput sebanyak RM 1 juta sepertimana yang diperuntukan dalam bajet.

Adalah diharapkan bahawa saman ini akan membongkar isu peruntukan ini kepada rakyat khasnya di kawasan Parlimen Sungai Siput dan dapat mengenalpasti ke manakah perginya peruntukan sebanyak itu yang sepatutnya diberikan untuk pembangunan rakyat.

Rakyat harus sedar dan mengambil iktibar dari apa yang berlaku dalam kes ini. Kerajaan pusat yang diperintah oleh BN telah secara sengaja mengabaikan tanggungjawab menyalurkan peruntukan pembangunan ini kepada Ahli Parlimen secara terpilih. Ini secara langsung telah MENAFIKAN HAK KITA SEBAGAI RAKYAT khasnya dikawasan Parlimen Sungai Siput .


Jangan dibiarkan kerakusan dan kezaliman kerajaan BN ini berterusan. Mereka boleh buat apa yang mereka suka walaupun peruntukan tersebut telah diperuntukan dalam bajet. Kita misti menolak BN dalam pilihanraya ke-13 yang hampir tiba jika kita mahu keadilan dan hak kita diberi secara adil.


Ini kah slogan yang  dilaung-laungkan oleh pemimpin BN siang dan malam melalui media arus perdana “RAKYAT DIDAHULUKAN DAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”. Sekarang cuba kita lihat dan fikirkan bersama adakah slogan ini dilaksanakan atau diketepikan? Kita tidak mudah dimomokkan dan diperbodohkan begitu sahaja dengan slogan itu dan ini tetapi pelaksanaan dan janji tidak ditunaikan.


Kerajaan BN ini ibarat menanam tebu dibibir, habis manis sepah dibuang, lebih tepat lagi jika diamati tindakan mereka banyak menjurus kepada “TEPAT DILUAR RENCONG DIDALAM”. Hampir menjelang pilihanraya mereka menabur janji, selesai pilihanraya mereka menyepi. Janji tinggal janji, lima tahun akan datang muncul kembali. 

Sebenarnya rakyat mempunyai kuasa dan hak menentukan siapa yang harus kita pilih. Gunakan hak anda sebaik mungkin, kita tidak mahu pisang berbuah dua kali. Rakyat perlu sedar bahawa pengundi dikawasan Sungai Siput khasnya telah dihina oleh Kerajaan BN secara jelas.


No comments:

Post a Comment