NACKVISION COM

Saturday 9 February 2013

YOP LAN & ISTERI DIIRINGI PIMPINAN PAS KAWASAN MENYANTUNI MASYARAKAT CINA DI SALAK & LASAH SUNGAI SIPUT

SUNGAI SIPUT-09 Februari,2013 :
Calun Pakatan Rakyat DUN Lintang, Sungai Siput, Ir.Haji Ahmad Mazlan Othman dan isteri diiringi pimpinan PAS Kawasan Sungai Siput , menyantuni masyarakat Cina , warga tua yang uzur di Pekan Lasah dan Salak, Sungai Siput mengucapkan "GONG XI FA CHAI" dan menyampaikan sumbangan buah limau dan "Ang Pau" kepada kanak-kanak sebagai tanda ingatan sempena sambutan Hari Raya Cina . Kemesraan masyarakat Cina amat menggalakan.

Dalam masa yang sama, saya sempat menebual Ir. Hj. Ahmad Mazlan yang begitu sinonim dengan panggilan Yop Lan apakah harapan dan peluang beliau untuk menawan DUN Lintang dalam pilihanraya umum ke-13 ini. Peluang dan harapan untuk menawan DUN Lintang yang diwakili UMNO/BN memang ada . Keakraban dan jalinan kerjasama parti-parti komponen Pakatan Rakyat terdiri dari PAS,PKR dan DAP serta PSM memang baik . Minda rakyat di kawasan Sungai Siput amnya telah banyak berubah kerana mereka mendapat ekses maklumat dari sumber yang tepat dan benar seperti  internet, media elektronik yang lain.

Kalau dahulu mereka tidak mendapat maklumat yang tepat dan benar, tetapi sekarang  rakyat dikawasan kampung-kampung mudah mendapat maklumat. Mereka dapat membezakan mana satu pilihan yang terbaik. Rakyat sudah tidak percaya lagi kepada media arus perdana seperti TV 1, TV 3 dan akhbar “Utusan Malaysia”. Momokan dan putar belit UMNO/BN untuk meraih undi tidak diindahkan lagi. Beliau menaruh harapan dan optimis Pakatan Rakyat InsyaAllah dapat menawan DUN Lintang dalam pilihanraya kali ini dan seterusnya dapat menyumbang satu kerusi kemenangan bagi memerintah kembali Negeri Perak yang telah dirampas UMNO/BN secara tidak sah.
Tambahnya, jentera pilihan rayanya juga kini bersedia untuk berdepan dengan UMNO/BN dalam pilihan raya umum kali ini.

No comments:

Post a Comment