NACKVISION COM

Wednesday 6 February 2013

TAWAN DUN LINTANG SUNGAI SIPUT- PAS SEDIA GANTI UMNO


SUNGAI SIPUT - 05 Februari, 2013PAKATAN RAKYAT sudah bersedia untuk menawan DUN Lintang Sungai Siput dalam Pilihanraya ke-13 dijangkakan akan berlaku dalam masa terdekat. Kerusi DUN Lintang sebelum ini milik UMNO sudah tidak lagi selamat untuk dipertahankan . Barisan Nasional telah menzalimi rakyat dikawasan Parlimen Sungai Siput dimana peruntukan pembangunan untuk Ahli Parlimen dinafikan.Dalam masa yang sama, ini adalah satu penghinaan kepada  rakyat di kawasan Sungai Siput. Pengundi di Kawasan Sungai Siput perlu menolak      BN pada pilihanraya kali ini dan memberi peluang kepada calun dari Pakatan Rakyat  yang bertanding .
          Gelombang kebangkitan rakyat tidak boleh dikawal lagi, berlaku dimana-mana sahaja.
          Rakyat tidak boleh lagi diperbodohkan dengan ugutan dan tipu helah Barisan Nasional
          untuk meraih undi, kerana rata-rata rakyat telah mendapat ekses berita dari 
          berbagai-bagai sumber seperti internet dan media elektronik yang lain. Rakyat sudah 
          tidak lagi percaya dengan berita akhbar arus perdana, tv 1, tv 3.

          DUN Lintang difahamkan akan diwakili oleh Ir. Haji Ahmad Mazlan Othman calun dari
          PAS mewakili Pakatan Rakyat . Beliau adalah Jurutera Perunding yang berpengalaman 
          luas dan berlatarbelakang pendidikan agama. Pengundi-pengundi di DUN Lintang 
          khasnya dan Parlimen Sungai Siput amnya perlu mengundi beliau dalam pilihanraya
          kali ini bagi mempastikan DUN Lintang dapat menyumbang satu kerusi kemenangan
          bagi menawan kembali Negeri Perak yang dirampas oleh BN secara tidak sah.

          Anak-anak perantauan disegenap pelusuk negara dirayu pulang mengundi  diUnit
          Peti Undi masing-masing dan pastikan mengundi Pakatan Rakyat bagi merobah 
          lanskap politik negara bagi membela rakyat yang tertindas.
  
          Pengarang        
                  
             
                

   

No comments:

Post a Comment