NACKVISION COM

Sunday 17 February 2013

SANTAI PEMUDA BERSAMA YOP LAN



SUNGAI SIPUT: Program “Santai Pemuda” bersama Yop Lan  yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan Sungai Siput mendapat sambutaan diluar jangkaan. Tapak program iaitu diperkarangan hadapan rumah Yop Lan di Simpang Trosor, Sungai Siput . Kehadiran pemuda dari kampung-kampung dipersekitaran dalam DUN Lintang amat menggalakan.

AF Ustaz Fahmi Ismail selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Sungai Siput merangkap Exco Lajnah Kebajikan Pemuda PAS Negeri Perak ketika ditemubual, menyatakan pemuda akan menganjurkan program seperti ini setiap hujung minggu dan aturcara akan disesuaikan mengikut selera anak muda asalkan tidak bercanggah dengan syarak.

Penganjuran program seperti ini bertujuan merapatkan ukhwah dikalangan pemuda. Bersantai sambil makan dapat memupuk jalinan kemesraan  dan mengujudkan satu pasukan pemuda bagi membantu Jentera Pilihanraya menjelang PRU ke-13 yang boleh berlaku bila-bila masa dari sekarang. Selain dari itu momentum pemuda hendaklah dikekalkan.  .

Dalam perkembangan yang sama, ketika “Sembang Santai”, Yop Lan menyentuh beberapa perkara  antara lain ialah pembentukan pasukan bolasepak “Lintang United”. Harapan beliau untuk mengujudkan satu pasukan bolasepak yang disegani dirantau ini. Pemilihan pemain-pemain tempatan dalam DUN Lintang yang berpotensi akan diadakan dalam masa terdekat.

Selain dari itu beliau banyak menyentuh mengenai kesukaran bagi mendapatkan pekerjaan dari kalangan anak-anak muda yang menganggur dan terpaksa bersaing dengan pendatang  asing, dimana syarikat swasta terlalu memikirkan keuntungan dari kebajikan rakyat tempatan  yang masih belum mempunyai pekerjaan.

Salah satu dari keperluan asas untuk menceburi bidang pekerjaan ialah kemahiran dalam bidang-bidang tertentu. Kos untuk memiliki kemahiran tertentu terlalu tinggi diluar kemampuan anak-anak muda. Sebagai contoh bagi  mendapatkan lesen memandu kenderaan  untuk bekerja sebagai pemandu terpaksa mengeluarkan perbelanjaan mencecah RM 600.00 ke RM 1,000 disetengah tempat.

Beliau berjanji jika sekiranya diberi peluang memerintah kali ini, Pakatan Rakyat ada potensi besar untuk membantu membangun, mengembangkan minat pemuda bagi mendapatkan pekerjaan. Seterusnya beliau menyeru pemuda-pemuda membantu Pakatan Rakyat memenangi pilihanraya kali ini. Undi yang saudara berikan pasti akan mendapat ganjaran pahala dari Allah, kerana PAS memperjuang dan menegakkan syariat Islam. Mana mungkin mengundi parti yang memperjuangakan Islam tidak dapat pahala sedangkan membuang duri atas jalan pun akan diberi ganjaran pahala dari Allah.

Dalam program sembang santai kali ini, Yop Lan mempelawa pemuda-pemuda yang ingin meluahkan apa jua pandangan dan teguran yang membina  tampil kehadapan bersembang dengan beliau.   

No comments:

Post a Comment