NACKVISION COM

Saturday 23 February 2013

PENIAGA-PENIAGA PASAR SUNGAI SIPUT CERIA TERIMA KUNJUNGAN PIMPINAN PAKATAN RAKYAT



SUNGAI SIPUT: Warga Sungai Siput terutama peniaga-peniaga dikawasan pasar, deretan gerai dan pasar sehari  di Bandar Sungai Siput ceria terima kunjungan YB Dato’ Seri  Haji Nizar Jamaluddin diiringi Ir. Haji Ahmad Mazlan Othman (Yop Lan) bakal calun Pakatan Rakyat DUN Lintang dari PAS ,YB Leong Mee Meng (ADUN Jalong), pimpinan Dewan Himpunan Penyokong PAS ,DAP, PKR dan PSM sambil mengedarkan risalah berkala dari parti komponen Pakatan Rakyat.

Rata-rata peniaga yang ditemui melahirkan rasa gembira dan pasti memberi  sokongan padu kepada calun-calun Pakatan Rakyat yang bertanding dalam pilihanraya kali ini. Keceriaan peniaga-peniaga jelas terpancar apabila ada diantara mereka mempelawa Dato’ Seri Nizar dan Ir. Haji Ahmad Mazlan Othman bergambar kenangan dan melaungkan kata-kata “ Kita ubah kali ini” jelas kedengaran.

Fenomena golongan peniaga dan rakyat keseluruhan amnya semakin cenderung untuk membuat perubahan dalam pilihanraya ke-13 nanti. Sokongan berbagai kaum yang diterima amat memberangsangkan dan berperanan besar dalam usaha merealisasikan kemenangan di ,DUN Lintang, DUN Jalong , Parlimen Sungai Siput dan Negeri Perak amnya.

Ini memberi isyarat jelas kepada UMNO/BN supaya akur dengan kehendak rakyat dan jangan terlalu angkuh dan zalim apabila diberi kuasa memerintah. Walaupun peruntukan pembangunan Ahli Parlimen Sungai Siput dinafikan oleh kerajaan yang memerintah BN, namun rakyat tetap memberi sokongan padu dan kekal  bersama Pakatan Rakyat.

Usaha untuk memecahbelahkan keharmonian masyarakat berbilang kaum gagal direalisasikan oleh pihak -pihak tertentu yang cenderung untuk menghancurkan gabungan parti-parti dalam Pakatan Rakyat. Melalui medium arus perdana seperti akhbar dan media elektronik milik UMNO/BN sudah tidak diminati dan dipercayai lagi oleh sebilangan besar rakyat.
Rata-rata rakyat yang tinggal dikampung-kampung pendalaman tidak boleh diperbodohkan lagi . Konsep media tanpa sempadan melalui media baru seperti “facebook, twiter,blog dan youtube”menjadi pilihan mereka.  Rakyat telah mendapat maklumat yang pantas dan tepat dari berbagai-bagai sumber media baru.   

No comments:

Post a Comment