Friday, 31 May 2013
Saturday, 25 May 2013
Wednesday, 8 May 2013
PAS SUNGAI SIPUT TETAP BERSAMA RAKYAT WALAUPUN TEWAS PRU-13
SUNGAI
SIPUT : PAS Kawasan Sungai Siput akan terus bersama-sama rakyat di kawasan itu
dalam membawa isu-isu kebajikan mereka walaupun tewas pada Pilihan Raya Umum
Ke-13 (PRU13) minggu lalu.
Calon PAS mewakili Pakatan Rakyat di Dewan Undangan Negeri Lintang, Ir. Hj. Ahmad Mazlan Othman (Yop Lan) berkata, dengan undi sebanyak 7,467 beliau yakin rakyat masih bersama parti itu.
"PAS Kawasan Sungai Siput akan tetap menjadi suara kedua, "check and balance" terhadap apa sahaja yang melibatkan penduduk di Dewan Undangan Negeri Lintang," kata beliau ketika dihubungi hari ini.
Tanpa menganggap ia satu kekalahan, Ir. Hj. Ahmad Mazlan Othman (Yop Lan) menambah, itu adalah merupakan sebahagian dari tanggungjawab yang perlu diteruskan. Pada masa yang sama Yop Lan mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada pengundi-pengundi dan semua pihak atas do’a dan sumbangan dalam berbagai-bagai bentuk . Ganjaran ALLAH SWT adalah pasti dan Allah putuskan yang terbaik untuk hambaNya. Yop Lan memohon maaf atas sebarang kesilapan dan kelemahan.

YOP LAN MEMOHON MAAF ATAS SEBARANG KESILAPAN & KELEMAHAN
Assalamu'alaikum
& salam sejahtera kepada semua yang terlibat secara langsung dan
tidak langsung dalam pilihanraya Umum ke-13 yang baru berlalu. Yop Lan
mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua
pengundi atas do'a dan sumbangan dalam berbagai-bagai bentuk. Ganjaran
ALLAH SWT adalah pasti dan Allah putuskan yang terbaik untuk hambaNYA.
Yop Lan memohon maaf atas sebarang kesilapan & kelemahan.
Sunday, 5 May 2013
SELAMAT PULANG ANAK PERANTAU
SELAMAT PULANG ANAK PERANTAU KEKAMPUNG
HALAMAN, KETIBAAN ANDA DINANTIKAN DENGAN IRINGAN DO'A SEMOGA SENANTIASA
DALAM PERLINDUNGAN ALLAH JUA HENDAKNYA.KAMI PASTI ANDA TELAH MEMBUAT
KEPUTUSAN YANG TERBAIK UNTUK PERUBAHAN MASA HADAPAN. INSYAALLAH ANDA AKAN
MEMBERI SOKONGAN KEPADA CALUN KITA YOP LAN DUN LINTANG (PAS) & DR.
JEYAKUMAR (PKR) PARLIMEN SG. SIPUT. TERIMA KASIH KERANA ANDA MEMBERI
SATU UNDI KEPADA PR DIWAKILI PAS & PKR.
Wednesday, 1 May 2013
KONVOI ANAK-ANAK MUDA MENGIRINGI DATO' SERI NIZAR
Walaupun hujan lebat disekitar jam 3.00 petang, namun anak-anak muda masih setia
menunggu ketibaan Dato' Seri Nizar Jamaluddin.Sokongan anak-anak muda kepada Yop Lan, calun Pakatan Rakyat DUN Lintang melonjak ketahap tertinggi hari demi hari .
Sunday, 28 April 2013
GRAND KONVOI ANAK-ANAK MUDA PAS DUN LINTANG
SUNGAI
SIPUT : Pemuda PAS Kawasan Sungai Siput menganjurkan "Grand Konvoi"
dari MTD Lintang Kampung Temin merentasi Kg. Maamor/FELDA
Lasah/Lintang/Lasah dan Perlop pada petang tadi bermula jam 5.45 petang
dan berakhir pada jam 7.00 petang. Sejumlah 122 buah motosikal dan 42
buah kereta mengambil bahagian. (Gambar
bawah, sebahagian dari peserta Kg. Loh/Karai sedang bersedia untuk
berlepas ke Markaz Induk MTD Lintang, di Kampung Temin.)
Selepas
Solat Maghrib para peserta akan bermunajat dan dikuti jamuan santai
ayam bakar (BBQ) di perkarangan hadapan Markaz Induk MTD Lintang di
Kampung Temin dekat sini.Petang tadi semua peserta disambut oleh calun
PR DUN Lintang Ir. Hj Ahmad Mazlan Othman (Yop Lan).
Sokongan
padu anak-anak muda, golongan pertengahan dan veteran kepada Yop Lan
melonjak ketahap tertinggi. Ini satu petanda awal DUN Lintang
InsyaAllah akan menjadi milik PAS dalam pilihanraya ke-13 yang akan
menjelang tiba tinggal berbaki cuma 6 hari lagi.
Wednesday, 24 April 2013
SOKONGAN PADU ANAK-ANAK MUDA KEPADA YOP LAN MELONJAK KETAHAP TERTINGGI
Difahamkan, tujuan utama konvoi berkenaan ialah untuk menyampaikan mesej sokongan padu golongan muda kepada Yop Lan bagi menghadapi pilihanraya umum ke-13. Dalam ucapan ringkas, Yop Lan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua peserta yang mengikuti konvoi berkenaan dan sokongan padu mereka kepada beliau.
Pada masa yang sama, sukarelawan pilihanraya "Team Yop Lan" terus mendaftarkan diri sebagai petugas mengikut kemahiran dan kebolehan masing-masing.
Tuesday, 23 April 2013
Monday, 22 April 2013
YOP LAN SERAH MEMORANDUM KEPADA SPR
SUNGAI
SIPUT : Calun Pakatan Dewan Undangan Negeri N21 Lintang Ir. Haji Ahmad
Mazlan Othman (Yop Lan) diiringi Haji Zakaria Alang Ibrahim sebagai
Wakil Calun menyerahkan memorandum kepada pihak Suruhanjaya Pilihanraya
di Pejabat Daerah Sungai Siput jam 10 pagi ini berikutan penggunaan
secara berleluasa premis awam seperti Dewan Orang Ramai oleh pihak
UMNO/BN sebagai Bilik Gerakan Jentera Pilihanraya mereka.
Sejumlah 8 Dewan Orang Ramai dalam DUN
Lintang telah dikenalpasti digunakan oleh pihak UMNO/BN, walaupun ianya menyalahi peraturan. Penggunaan premis awam seperti Dewan Orang Ramai memang sudah menjadi tradisi UMNO/BN sejak dahulu lagi tanpa sebarang sekatan. Mereka seolah-olah menjadikan premis berkenaan sebagai hak milik mereka, sepatutnya boleh digunakan oleh masyarakat setempat sebagai alternatif pelbagai urusan.
UMNO/BN harus sedar bahawa Dewan Orang Ramai adalah untuk kemudahan rakyat
bukannya untuk kemudahan kelompok tertentu sahaja tanpa memikirkan keperluan dan kemudahan awam.Amalan sebegini hendaklah dihentikan serta merta bagi mengelakkan tanggapan nagetif rakyat jelata terhadap UMNO/BN.

Saturday, 20 April 2013
PERTANDINGAN SATU LAWAN SATU DI DUN LINTANG
SUNGAI
SIPUT : Ir. Haji Ahmad Mazlan Othman (Yop Lan) dari PAS disahkan
bertanding mewakili Pakatan Rakyat bagi kerusi Dewan Undangan Negeri
Lintang (N21) pada pilihan raya umum 5
Mei ini menghadapi pertandingan satu lawan satu ditentang Datuk Zolkafly
Haji Haron mewakili Barisan Nasional (BN).
Ir. Haji Ahmad Mazlan Othman (Yop Lan) seorang Jurutera Perunding Profesional adalah merupakan calun yang berwibawa, berkelulusan tinggi dan berpengalaman luas dalam berbagai-bagai bidang termasuk pengurusan dan pentadbiran. Pemilihan beliau sebagai calun mendapat sokongan padu dari parti-parti komponen Pakatan Rakyat.
Bagi kerusi Dewan Rakyat (Parlimen)), Pakatan Rakyat diwakili oleh Dr. Jeyakumar atas tiket PKR disahkan sebagai calun Parlimen Sungai Siput mempertahankan kerusi yang dimenangi beliau pada pilihanraya 2008 menewaskan Datuk Seri Samy Velu dari Barisan Nasional (BN) menghadapi pertandingan tiga penjuru antara Barisan Nasional diwakili Datuk K. Devamany dan calun Bebas S.P. Nagalingam dari Parti Kita.
Dewan Undangan Negeri Jalong juga bakal menyaksikan persaingan sengit tiga penjuru diantara calun Barisan Nasional Liew Yew Aw, calun DAP Loh Sze Yee dan S. Kalimuthu bertanding atas calun bebas menggunakan lambang "bunga raya".
Dalam pada itu, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) bertindak menolak pencalonan calon Bebas S.P Nagalingam bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Lintang (DUN) kerana pencadang beliau P.Muniandy bukan pengundi di kawasan terbabit.

Friday, 12 April 2013
SUMBANGAN DANA PILIHANRAYA UMUM KE-13
SUNGAI SIPUT :Kita sedia maklum, tugas yang kita laksanakan dalam
setiap gerak kerja kita untuk perjuangan menegakkan syariat Islam di dalam
negara ini adalah JIHAD. Setiap sumbangan kita dalam bentuk apa sekalipun
adalah merupakan JIHAD kita kepada jalan ALLAH .
Pada kesempatan yang berharga ini, tahniah
diucapkan kepada Ir. Hj. Ahmad Mazlan Othman (Yop Lan) yang telah dipilih
menjadi calun Pakatan Rakyat DUN Lintang
di dalam Pilihanraya Umum Ke-13 ini.
Kejayaan ini merupakan suatu rahmat Allah yang
menuntut pengorbanan yang lebih besar dari semua ahli/penyokong dan orang
persaorangan yang bersimpati agar manifestasi mendaulatkan syariat Allah
menjadi kenyataan .
Kewangan merupakan antara beberapa faktor penggerak
utama bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke-13 yang amat mencabar.
Sehubungan ini, difahamkan Yop Lan memerlukan do’a,
undi dan sumbangan anda dalam berbagai-bagai bentuk antara lain, wang tunai,
tenaga kerja, kereta, pacuan empat roda (4x4), radio amatur, walkie talkie,T-shirt,
makanan, bendera dan lain-lain yang anda ada untuk memenangan PAS (PR) di DUN
Lintang. Sumbangan kewangan bolehlah dikreditkan terus kedalam akaun CIMB
Ahmad Mazlan nombor : 14520000028107. Sumbangan-sumbangan lain bolehlah
hubungi talian 019-3357111 / 010-8420052 /E-mail: yoplanlintang@gmail.com.
Layari yoplan.blogspot.com / temanloh.blogspot.com
/ face book: yop lan /paslohkarai. Mohon sebarkan kepada rakan-rakan &
kenalan. Terima kasih atas sokongan dan bantuan anda.
Wednesday, 10 April 2013
PENGUMUMAN SEBAHAGIAN CALUN-CALUN DUN DAN PARLIMEN NEGERI PERAK
SITIAWAN : Ustaz Abu Bakar Hussin selaku Pesuruhjaya PAS
Perak malam tadi mengumumkan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak Dato’ Seri Mohammad
Nizar Jamaluddin akan bertanding di DUN Changkat Jering yang mana sebelum ini
ditandingi PKR.
Manakala, calon wanita Rohawati Abidin yang merupakan
Ketua Dewan Muslimat PAS Lumut diumumkan akan menggantikan Nizar di Dun Pasir
Panjang dan Ahli Jawatankuasa PAS
Beliau turut mengumumkan beberapa calon yang akan
bertanding pada PRU13 antara lain, DUN Kubu Gajah pula akan ditandingi
kembali oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Larut, Nazri Din. Kerusi DUN Lintang adalah
kerusi tradisi PAS sebelum ini disahkan akan ditandingi Ir. Haji Ahmad Mazlan Othman yang
mana pada pilihanraya 2008 ditandingi PKR.Pengumuman rasmi akan dibuat pada 18 April, 2013.
PAS Perak mengesahkan malam tadi bahawa parti itu akan bertanding di 22 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan tujuh kerusi Parlimen di negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Kesemua mereka dipilih atas faktor integriti, amanah, setia dan telus, katanya.
Sunday, 7 April 2013
KEMBARA BERMOTOSIKAL & PACUAN 4 RODA KE KUALA MU BERJAYA MENYUNTIK SEMANGAT BEKERJA DALAM SATU "TEAM YOP LAN"
Beliau mengingatkan para peserta supaya mematuhi semua peraturan yang ditetapkan antara lain supaya memandu dengan cermat, menjaga adab dan kesopanan serta mematuhi disiplin memandu secara konvoi. Peserta-peserta dilepaskan secara berkumpulan seramai sepuloh motosikal satu kumpulan diiringi sebuah pacuan empat roda diikuti oleh kumpulan yang lain dari jarak 30 meter. Sebanyak 12 pacuan empat roda secara sukarela mengikuti program ini.
Perjalanan kedestinasi yang dituju memakan
masa 4 jam dan amat mencabar kerana keadaan jalan yang licin ,berliku dan berbukit. Rombongan kembara sampai ke Kuala Mu jam 2.15 petang hari yang sama dan bermalam disana . Berbagai-bagai aktiviti bersama masyarakat orang asal dan aktiviti para peserta dapat dilaksanakan dengan jayanya. Pada sebelah petang, perlawanan bolasepak diantara pemuda "Team Yop Lan" dengan pasukan orang asal Kuala Mu. Semua kesebelasan pemain pasukan orang asal dihadiahkan sehelai baju berwarna hijau "logo Yop Lan" dan sebiji bola sebagai tanda ingatan.Bagi mengisi masa lapang disebelah petang, Yop Lan dan rombongan muslimat berkesempatan menyantuni masyarakat orang asal dikawasan berdekatan sambil menghulurkan sumbangan dalam bentuk makanan harian dan pakaian.
Pada sebelah malam pula semua peserta solat secara berjamaah disebuah khemah yang dipasang khas diperkarangan tempat penginapan diikuti tazkirah ringkas dan "takruf" dikalangan peserta.Pengisian malam bermula jam 4.15 pagi "Qiamulail" hingga
kewaktu suboh . Dalam perjalanan pulang, rombongan kembara yang dibahagikan kepada 3 kumpulan berpeluang menyantuni masyarakat orang asal di Pos Legap, Perwor, Perjek dan rumah-rumah disepanjang perjalanan.
Pengarah program Mohtar Din mengucapkan terima kasih kepada semua peserta atas kerjasama yang diberikan disepanjang program. Beliau menambah, para peserta telah meberikan komitmen yang begitu tinggi dan berjaya membuktikan kesungguhan bekerja dalam "Team Yop Lan"
Wednesday, 3 April 2013
PERALIHAN KUASA BERLAKU SECARA AMAN
Dato' Seri Najib sudah membuat jangkaan awal bahawa peralihan kuasa akan berlaku selepas pilihanraya umum ke-13. Beliau sendiri sudah menyedari hakikat jangka hayat BN sudah sampai kepenghujung, cuma menantikan saat yang paling mendebarkan.Denyutan jantung yang akhir sudah mula terasa, cuma yang terdaya beliau lakukan ialah dengan rayuan terakhir kepada rakyat agar dapat memberikan mandat untuk memerintah sekali lagi.
Sedarlah, disaat sebegini tidak mungkin rakyat termakan dengan umpanan dan pujuk rayu.Cuma kuasa penentu dihujung jari rakyat dengan izin Allah yang Maha berkuasa.
Beliau menulis dalam akaun twitter peribadinya seperti dibawah ;

EMPAT DEWAN UNDANGAN NEGERI DIBUBAR HARI INI
Di Perak Menteri Besar Datuk Seri Dr
Zambry Abdul Kadir mengumumkan pembubaran DUN di kediaman rasminya di Ipoh pada
kira-kira jam 5.20 petang ini selepas mengadap Pemangku Raja Perak Raja Dr
Nazrin Shah di Istana Iskandariah di Kuala Kangsar pada pukul 3 petang ini.
Manakala di Sabah pula, pengumuman mengenai pembubaran itu dibuat Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman pada sidang akhbar kira-kira pukul 4 petang hari ini di kediaman rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya di Kota Kinabalu.
Di Melaka, Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam mengumumkan pembubaran itu selepas mengadap Yang Dipertua Negeri Tun Mohd Khalil Yaakob di pejabatnya di Seri Negeri di sini pada 1 tengah hari bagi menyerahkan notis pengisytiharan pembubaran DUN.
Di Perlis, Dewan Undangan Negeri Perlis dibubarkan serentak dengan pembubaran Dewan Rakyat bagi membolehkan pilihan raya umum ke-13 diadakan.
PAS JANGKA PILIHANRAYA PADA 27 APRIL,
Justeru, Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr. Mohd Hatta Ramli menggesa semua jentera parti di setiap peringkat menggunakan tarikh tersebut bagi memandu gerak kerja.
Tambah beliau, biarpun PAS sudah lama bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum, dengan tarikh jangkaan ini diharapkan jentera parti akan lebih giat dlakukan.
"Tarikh-tarikh ini boleh jadi mungkin akan berubah. Tetapi, sehingga kini, saya seru semua jentera agar bergerak berpandukan tarikh ini," tegas beliau kepada Harakahdaily, hari ini.
Dalam pada itu, Dr. Hatta berkata PAS akan mengumumkan senarai calon yang akan bertanding pada PRU13 ini sebelum tarikh penamaan calon yang akan ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Beliau percaya, akan ada pengumuman awal bagi calon-calon yang diputuskan, yang dilihat boleh membawa impak positif kepada kempen Pakatan Rakyat.
PAS Perlis merupakan negeri pertama yang mengumumkan bakal calon yang akan bertanding di kerusi parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun).
Pengumuman itu dibuat kira-kira 15 minit sebelum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran parlimen, pada 11.35 pagi tadi.
PARLIMEN SUDAH DIBUBAR
Pastikan DUN Lintang dapat menyumbang satu kerusi kemenangan bagi menawan kembali Negeri Perak khasnya. Marilah kita bersatu tenaga bagi menumbangkan BN dalam pilihanraya kali ini. Selain itu, "DANA PILIHANRAYA" amat diperlukan, sumbangan ahli, penyokong adalah dialu-alukan. Bantulah Pakatan Rakyat untuk membantu rakyat.
Anak-anak rantau disegenap pelusuk negara dirayu pulang khasnya pada hari mengundi. Kepulangan dan pengorbanan anda amatlah dihargai dan dinanti-nantikan. Jom kita bawa perubahan di DUN Lintang khasnya dan diseluruh negara amnya.
PARLIMEN BUBAR HARI INI
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijangka mengumumkan pembubaran
Parlimen hari ini bagi membolehkan pilihan raya umum ke-13
dilangsungkan.
Beliau akan berucap secara langsung pada jam 11.30 pagi ini selepas bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong sebelumnya.
"Saksikan Perdana Menteri @NajibRazak berucap secara langsung di TV pada pukul 11.30 pagi ini," menurut pesanan twit pejabat akhbar Pejabat Perdana Menteri hari ini.
Selepas dibubarkan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) harus menetapkan tarikh pilihan raya akan berlangsung. Undang-undang menetapkan ia mesti dibuat dalam tempoh 60 hari.

Tuesday, 2 April 2013
DUN LINTANG DIWAKILI CALUN PROFESIONAL DARI PAS
SUNGAI SIPUT : 02 April,2013 -DUN
Lintang merupakan salah satu daripada
kerusi tradisi PAS di Perak, dalam PRU 12 sebelum ini ditandingi oleh calun
dari PKR. Pada pilihanraya ke 13 kali
ini akan ditandingi semula oleh calun PAS. Pada pilihanraya umum 2008 lalu,
calun PKR Mohamad Aun Yob Abas tewas kepada calun BN Ahmad Pakeh Adam hanya
dengan majoriti 1,376 undi.
Mohamad Aun PKR mendapat 6,690 undi manakala Ahmad Pakeh Adam memperolehi sebanyak 8,066 undi.
Mengikut keputusan PRU 11&12, jumlah undi yang diperolehi calun BN 2004 (65.44%) 2008 (54.66%) menunjukan penurunan (10.78%) .Pakatan Rakyat memperolehi (27.01%) 2004 (45.34%) 2008 menunjukan peningkatan (18.33%) Perbezaan undi diperolehi BN cuma (9.32%).Mengikut kaji penduduk “demografi” pecahan kaum, majoriti masyarakat di sini adalah Melayu (53.9%), Cina (20.41%), India (17.6%) manakala bakinya (8.9 %) adalah lain-lain kaum (orang asal). Melihat kepada perkembangan semasa dan mood pengundi masakini, rata-rata berpendapat peluang PAS untuk memenangi DUN Lintang pada PRU 13 sangat cerah.

Pakatan Rakyat menamakan Ir. Haji
Ahmad Mazlan Othman dari PAS sebagai calun yang sungguh berwibawa, mesra rakyat
dan amat mengambil berat permasaalahan masyarakat. Beliau adalah seorang
Jurutera Perunding Profesional yang berpengalaman luas dalam berbagai-bagai
bidang. Selain itu beliau juga mempunyai latar belakang agama yang baik.
Pemilihan Ir. Haji Ahmad Mazlan Othman yang sinonim dengan panggilan Yop Lan merupakan anak tempatan tinggal di Kampung Talang Tengah Simpang Trosor Sungai Siput dekat sini.Isteri beliau juga merupakan anak jati FELDA Lasah .Ini diibaratkan masyarakat di sini sebagai 'sireh pulang ke gagang' untuk menabur bakti di kampung halaman sendiri, pernah berkhidmat dengan Jabatan Kerjaraya Kuala Kangsar dan Kementerian Pertahanan Kuala Lumpur selama 12 tahun disekitar tahun 1992 dan sekarang menceburi bidang perniagaan dan mempunyai “Firma Pembinaan”, syarikat IT” dan “Perusahaan Kubah” di Kuala Lumpur dan Ipoh.
PAS Kawasan Sungai Siput menerima baik keputusan yang telah dibuat PAS Pusat malah menyifatkan pemilihan Ir. Hj. Ahmad Mazlan Othman sebagai tepat dalam usaha Pakatan Rakyat mahu menawan semula Negeri Perak yang telah dirampas UMNO/BN secara tidak sah. Sekiranya kemenangan memihak kepada Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kali ini, bermakna satu kerusi DUN tambahan dapat disumbangkan bagi Negeri Perak.
Ir. Haji Ahmad Mazlan Othman bukan sahaja merupakan calon untuk DUN Lintang, malah beliau berpotensi besar untuk diketengahkan keperingkat Negeri..
Beliau sangat disegani oleh pimpinan PAS Kawasan Sungai Siput dan masyarakat di sini malah ianya menjadi idola kepada anak-anak muda. Pada masa yang sama beliau telah berjaya memikat hati anak-anak muda dimana “TEAM YOP LAN” dan pasukan bolasepak “LINTANG UNITED”telah dibentuk oleh beliau sendiri. Beliau juga berhasrat menjadikan pasukan bolasepak “Lintang United” sebuah pasukan yang disegani dirantau ini. Sebagai bukti baru-baru ini pasukan “Lintang United” telah berjaya menjadi juara menewaskan MIC Sungai Siput 2-0 dalam pertandingan bolasepak kalah mati dianjurkan Persatuan Anak Jawang dekat sini.

Rakyat harus sedar, dalam arus pembangunan masakini pemimpin yang berjiwa besar,berwawasan dan berkelulusan tinggi seperti beliau sudah pasti dapat menyumbang dan membuat perubahan di DUN Lintang sekiranya terpilih. Mengikut rekod masa lampau, belum pernah ada wakil rakyat yang mewakili DUN Lintang setaraf dengannya. Pilihlah calun wakil rakyat yang benar-benar dapat membantu rakyat dan berlaku adil kepada semua rakyat tanpa mengira kaum dan fahaman yang berbeza. Bawalah angin perubahan di DUN Lintang, ini kalilah peluang yang terbaik bagi kita lakukan perubahan.
Monday, 1 April 2013
IJTIMA' KHAS PILIHANRAYA MTD LINTANG
SUNGAI SIPUT : Jentera Pilihanraya Pas Kawasan Sungai Siput (MTD Lintang) menganjurkan Ijtima' Khas Pilihanraya bertempat di Chalet "Cinta Alam", Kampung Kelimat Jalan FELDA Lasah dekat sini semalam.Semua portfolio jentera pilihanraya disetiap unit-unit peti undi dalam DUN Lintang terlibat dengan program ini.Menurut Pengarah Pilihanraya MTD Lintang Ahmad Fuad Abd Ghani, Ijtima' ini memang dirancang disaat akhir menjelang pilihanraya ke-13 bagi membolehkan semua anggota yang terlibat menterjemahkan ilmu pilihanraya yang mereka pelajari dalam bentuk gerak kerja hingga kehari mengundi.
Ijtima' dirasmikan oleh AF Ustaz Jamaluddin Ahmad selaku Yang Dipertua PAS Kawasan
Padang Rengas. Intipati ucapan beliau antara lain menyeru agar setiap anggota misti mempunyai semangat juang yang tinggi dan melakukan anjakan paradigma dalam melaksanakan kerja. Semua petugas-petugas pilihanraya, ahli dan penyokong Pakatan Rakyat perlu bekerja keras bagi memastikan kemenangan di DUN Lintang khasnya dalam pilihanraya menjelang tiba. Tindakan melambat-lambatkan pengumuman tarikh pembubaran parlimen oleh Perdana Menteri sebenarnya memberi kelebihan kepada kita untuk terus bekerja.
Dalam perkembangan yang sama, Ir. Hj. Ahmad Mazlan Othman calun Pakatan Rakyat DUN Lintang dalam ucapannya mahukan semua peserta dan petugas-petugas disetiap portfolio pilihanraya mengadaptasikan apa yang dipelajari dalam program yang akan dianjurkan pada 06 dan 07 April, 2013 ini iaitu "Kembara bermotosikal anak-anak muda ke Kuala Mu". Semua ketua-ketua portfolio berkenaan terlibat dengan jawatankuasa induk program yang dianjurkan nanti. Dengan cara ini kita dapat melatih semua anggota portfolio masing-masing menjalankan tugas dengan berkesan. Selain itu, beliau turut mengumumkan pembentukan "TEAM YOP LAN" dan "SUKARELAWAN PILIHANRAYA". Semua ahli dan penyokong adalah dipelawa menyertai pasukan yang ditubuhkan. Keterangan lanjut boleh hubungi talian 010-8420052 (Yop Lan) atau 019-4288641(Mohtar).

Subscribe to:
Posts (Atom)