NACKVISION COM

Wednesday 3 April 2013

EMPAT DEWAN UNDANGAN NEGERI DIBUBAR HARI INI


Di Perak Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengumumkan pembubaran DUN di kediaman rasminya di Ipoh pada kira-kira jam 5.20 petang ini selepas mengadap Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah di Istana Iskandariah di Kuala Kangsar pada pukul 3 petang ini.

Manakala di Sabah pula, pengumuman mengenai pembubaran itu dibuat Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman pada sidang akhbar kira-kira pukul 4 petang hari ini di kediaman rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya di Kota Kinabalu.

Di Melaka, Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam mengumumkan pembubaran itu selepas mengadap Yang Dipertua Negeri Tun Mohd Khalil Yaakob di pejabatnya di Seri Negeri di sini pada 1 tengah hari bagi menyerahkan notis pengisytiharan pembubaran DUN.

Di Perlis, Dewan Undangan Negeri Perlis dibubarkan serentak dengan pembubaran Dewan Rakyat bagi membolehkan pilihan raya umum ke-13 diadakan.

No comments:

Post a Comment