NACKVISION COM

Sunday 7 April 2013

KEMBARA BERMOTOSIKAL & PACUAN 4 RODA KE KUALA MU BERJAYA MENYUNTIK SEMANGAT BEKERJA DALAM SATU "TEAM YOP LAN"


SUNGAI SIPUT : Program "Kembara Bermotosikal & Pacuan 4 Roda " ke Perkampungan orang asal Kuala Mu 35 kilometer dari Lasah, Sungai Siput dekat sini mendapat sambutan diluar jangka dari kalangan anak-anak muda, dimana penyertaan melebihi sasaran yang ditetapkan .Peserta-peserta telah diberi taklimat khas sebelum berlepas oleh Ir. Hj. Ahmad Mazlan Othman (Yop Lan) sendiri diperkarangan rumah beliau di Simpang Trosor dan taklimat keselamatan oleh Ketua Keselamatan Haji Hasan Shariff.  .

Beliau mengingatkan para peserta supaya mematuhi semua peraturan yang ditetapkan antara lain supaya memandu dengan cermat, menjaga adab dan kesopanan serta mematuhi disiplin memandu secara konvoi.    Peserta-peserta dilepaskan secara berkumpulan seramai sepuloh motosikal satu kumpulan diiringi sebuah pacuan empat roda diikuti oleh kumpulan yang lain dari jarak 30 meter. Sebanyak 12 pacuan empat roda secara sukarela mengikuti program ini.

Perjalanan kedestinasi yang dituju memakan
masa 4 jam dan amat mencabar kerana keadaan jalan yang licin ,berliku dan berbukit. Rombongan kembara sampai ke Kuala Mu jam 2.15 petang hari yang sama dan bermalam disana . Berbagai-bagai aktiviti bersama masyarakat orang asal dan aktiviti para peserta dapat dilaksanakan dengan jayanya. Pada sebelah petang, perlawanan bolasepak diantara pemuda "Team Yop Lan" dengan pasukan orang asal Kuala Mu. Semua kesebelasan pemain pasukan orang asal dihadiahkan sehelai baju berwarna hijau "logo Yop Lan" dan sebiji bola sebagai tanda
ingatan.Bagi mengisi masa lapang disebelah petang, Yop Lan dan rombongan muslimat berkesempatan menyantuni masyarakat orang asal dikawasan berdekatan sambil menghulurkan sumbangan dalam bentuk makanan harian dan pakaian.


Pada sebelah malam pula semua peserta solat secara berjamaah disebuah khemah yang dipasang khas diperkarangan tempat penginapan diikuti tazkirah ringkas dan "takruf" dikalangan peserta.Pengisian malam bermula jam 4.15 pagi "Qiamulail" hingga
kewaktu  suboh . Dalam perjalanan pulang, rombongan kembara yang dibahagikan kepada 3 kumpulan berpeluang menyantuni masyarakat orang asal di Pos Legap, Perwor, Perjek dan rumah-rumah disepanjang perjalanan. 

Pengarah program Mohtar Din mengucapkan terima kasih kepada semua peserta atas kerjasama yang diberikan disepanjang program. Beliau menambah, para peserta telah meberikan komitmen yang begitu tinggi dan berjaya membuktikan kesungguhan bekerja dalam "Team Yop Lan"

No comments:

Post a Comment