SOKONGAN PADU ANAK-ANAK MUDA KEPADA YOP LAN MELONJAK KETAHAP TERTINGGI
SUNGAI
SIPUT : Sokongan padu anak-anak muda kepada calun DUN Lintang Ir. Hj.
Ahmad Mazlan Othman (Yop Lan) sejak akhir-akhir ini melonjak ketahap
tertinggi dan tidak pernah berlaku dalam sejarah pilihanraya sebelum
ini. Fonomena yang berlaku sejak kebelakangan ini amat mengerunkan
UMNO/BN dimana golongan muda dan pertengahan berduyun-duyun datang
memeberikan sokongan terbuka kepada Yop Lan. Ada diantara mereka secara
sukarela menawarkan diri untuk membantu apa sahaja tugas yang sesuai
bagi menghadapi pilihanraya.
Petang
tadi disekitar jam 6.15 petang, 43 buah motosikal dan 12 buah kereta
dan pacuan empat roda unit keselamatan mengiringi anak-anak muda
berkonvoi dari Pekan Karai ke FELDA Lasah dan singgah di rumah Yop Lan
di Simpang Trosor dalam suasana hujan disepanjang perjalanan.Menurut
urusetia program, Mohtar Din sekiranya cuaca baik 104 peserta
bermotosikal telah mendaftar sebagai peserta. Kesemua peserta diraikan
oleh Yop Lan dalam satu majlis santai diperkarangan hadapan rumah
beliau.
Difahamkan,
tujuan utama konvoi berkenaan ialah untuk menyampaikan mesej sokongan
padu golongan muda kepada Yop Lan bagi menghadapi pilihanraya umum
ke-13. Dalam ucapan ringkas, Yop Lan mengucapkan jutaan terima kasih
kepada semua peserta yang mengikuti konvoi berkenaan dan sokongan padu
mereka kepada beliau.
Pada
masa yang sama, sukarelawan pilihanraya "Team Yop Lan" terus
mendaftarkan diri sebagai petugas mengikut kemahiran dan kebolehan
masing-masing.
No comments:
Post a Comment