NACKVISION COM

Wednesday 10 April 2013

PENGUMUMAN SEBAHAGIAN CALUN-CALUN DUN DAN PARLIMEN NEGERI PERAK




SITIAWAN : Ustaz Abu Bakar Hussin selaku Pesuruhjaya PAS Perak malam tadi mengumumkan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin akan bertanding di DUN Changkat Jering yang mana sebelum ini ditandingi PKR.
Manakala, calon wanita Rohawati Abidin yang merupakan Ketua Dewan Muslimat PAS Lumut diumumkan akan menggantikan Nizar di Dun Pasir Panjang dan Ahli Jawatankuasa PAS
Pusat Idris Ahmad dinamakan sebagai calon di Parlimen Bukit Gantang, menggantikan Nizar.


Beliau turut mengumumkan beberapa calon yang akan bertanding pada PRU13 antara lain, DUN  Kubu Gajah pula akan ditandingi kembali oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Larut, Nazri Din. Kerusi DUN Lintang adalah kerusi tradisi PAS sebelum ini disahkan akan ditandingi Ir. Haji Ahmad Mazlan Othman yang mana pada pilihanraya 2008 ditandingi PKR.Pengumuman rasmi akan dibuat pada 18 April, 2013.
 
PAS Perak mengesahkan malam tadi bahawa parti itu akan bertanding di 22 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan tujuh kerusi Parlimen di negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).  Kesemua mereka dipilih atas faktor integriti, amanah, setia dan telus, katanya.

No comments:

Post a Comment