NACKVISION COM

Sunday, 28 April 2013

GRAND KONVOI ANAK-ANAK MUDA PAS DUN LINTANG

SUNGAI SIPUT : Pemuda PAS Kawasan Sungai Siput menganjurkan "Grand Konvoi" dari MTD Lintang Kampung Temin merentasi Kg. Maamor/FELDA Lasah/Lintang/Lasah dan Perlop pada petang tadi bermula jam 5.45 petang dan berakhir pada jam 7.00 petang. Sejumlah 122 buah motosikal dan 42 buah kereta mengambil bahagian. (Gambar bawah, sebahagian dari peserta Kg. Loh/Karai sedang bersedia untuk berlepas ke Markaz Induk MTD Lintang, di Kampung Temin.)
Selepas Solat Maghrib para peserta akan bermunajat dan dikuti jamuan santai ayam bakar (BBQ) di perkarangan hadapan Markaz Induk MTD Lintang di Kampung Temin dekat sini.Petang tadi semua peserta disambut oleh calun PR DUN Lintang Ir. Hj Ahmad Mazlan Othman (Yop Lan).
Sokongan padu anak-anak muda, golongan pertengahan dan veteran kepada Yop Lan melonjak ketahap tertinggi.  Ini satu petanda awal DUN Lintang InsyaAllah akan menjadi milik PAS dalam pilihanraya ke-13 yang akan menjelang tiba tinggal berbaki cuma 6 hari lagi. 

Pada perkembangan lain, majlis yang dianjurkan BN kurang mendapat sambutan dan terpaksa membawa anak-anak muda dari luar kawasan bagi memenuhi kerusi yang masih kosong

Wednesday, 24 April 2013

SOKONGAN PADU ANAK-ANAK MUDA KEPADA YOP LAN MELONJAK KETAHAP TERTINGGI

SUNGAI SIPUT : Sokongan padu anak-anak muda kepada calun DUN Lintang Ir. Hj. Ahmad Mazlan Othman (Yop Lan) sejak akhir-akhir ini melonjak ketahap tertinggi dan tidak pernah berlaku dalam sejarah pilihanraya sebelum ini. Fonomena yang berlaku sejak kebelakangan ini amat mengerunkan UMNO/BN dimana golongan muda dan pertengahan berduyun-duyun datang memeberikan sokongan terbuka kepada Yop Lan. Ada diantara mereka secara sukarela menawarkan diri untuk membantu apa sahaja tugas yang sesuai bagi menghadapi pilihanraya.

Petang tadi disekitar jam 6.15 petang, 43 buah motosikal dan 12 buah kereta dan pacuan empat roda unit keselamatan mengiringi anak-anak muda berkonvoi dari Pekan Karai ke FELDA Lasah dan singgah di rumah Yop Lan di Simpang Trosor dalam suasana hujan disepanjang perjalanan.Menurut urusetia program, Mohtar Din sekiranya cuaca baik 104 peserta bermotosikal telah mendaftar sebagai peserta. Kesemua peserta diraikan oleh Yop Lan dalam satu majlis santai diperkarangan hadapan rumah beliau.

Difahamkan, tujuan utama konvoi berkenaan ialah untuk menyampaikan mesej sokongan padu golongan muda kepada Yop Lan bagi menghadapi pilihanraya umum ke-13. Dalam ucapan ringkas, Yop Lan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua peserta yang mengikuti konvoi berkenaan dan sokongan padu mereka kepada beliau.

Pada masa yang sama, sukarelawan pilihanraya "Team Yop Lan" terus mendaftarkan diri sebagai petugas mengikut kemahiran dan kebolehan masing-masing.     

Monday, 22 April 2013

YOP LAN SERAH MEMORANDUM KEPADA SPR


SUNGAI SIPUT : Calun Pakatan Dewan Undangan Negeri N21 Lintang Ir. Haji Ahmad Mazlan Othman (Yop Lan) diiringi Haji Zakaria Alang Ibrahim sebagai Wakil Calun menyerahkan memorandum kepada pihak Suruhanjaya Pilihanraya di Pejabat Daerah Sungai Siput jam 10 pagi ini berikutan penggunaan secara berleluasa premis awam seperti Dewan Orang Ramai oleh pihak UMNO/BN sebagai Bilik Gerakan Jentera Pilihanraya mereka.

 

Sejumlah 8 Dewan Orang Ramai dalam DUN

Lintang telah dikenalpasti digunakan oleh pihak UMNO/BN, walaupun ianya menyalahi peraturan. Penggunaan premis awam seperti Dewan Orang Ramai memang sudah menjadi tradisi UMNO/BN sejak dahulu lagi tanpa sebarang sekatan. Mereka seolah-olah menjadikan premis berkenaan sebagai hak milik mereka, sepatutnya boleh digunakan oleh masyarakat setempat sebagai alternatif pelbagai urusan.

UMNO/BN harus sedar bahawa Dewan Orang Ramai adalah untuk kemudahan rakyat

bukannya untuk kemudahan kelompok tertentu sahaja tanpa memikirkan keperluan dan kemudahan awam.Amalan sebegini hendaklah dihentikan serta merta bagi mengelakkan tanggapan nagetif rakyat jelata terhadap UMNO/BN.

Saturday, 20 April 2013

PERTANDINGAN SATU LAWAN SATU DI DUN LINTANG


SUNGAI SIPUT : Ir. Haji Ahmad Mazlan Othman (Yop Lan) dari PAS disahkan bertanding mewakili Pakatan Rakyat bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Lintang (N21) pada pilihan raya umum 5 Mei ini menghadapi pertandingan satu lawan satu ditentang Datuk Zolkafly Haji Haron mewakili Barisan Nasional (BN).

Ir. Haji Ahmad Mazlan Othman (Yop Lan) seorang Jurutera Perunding Profesional adalah merupakan calun yang berwibawa, berkelulusan tinggi dan berpengalaman luas dalam berbagai-bagai bidang termasuk pengurusan dan pentadbiran. Pemilihan beliau sebagai calun mendapat sokongan padu dari parti-parti komponen Pakatan Rakyat. 


Bagi kerusi Dewan Rakyat (Parlimen)), Pakatan Rakyat diwakili oleh Dr. Jeyakumar atas tiket PKR disahkan sebagai calun Parlimen Sungai Siput mempertahankan kerusi yang dimenangi beliau pada pilihanraya 2008 menewaskan Datuk Seri Samy Velu dari Barisan Nasional (BN) menghadapi pertandingan tiga penjuru antara Barisan Nasional diwakili Datuk K. Devamany dan calun Bebas S.P. Nagalingam dari Parti Kita.

Dewan Undangan Negeri Jalong juga bakal menyaksikan persaingan sengit tiga penjuru diantara calun Barisan Nasional Liew Yew Aw, calun DAP Loh Sze Yee dan S. Kalimuthu bertanding atas calun bebas menggunakan lambang "bunga raya". 


Dalam pada itu, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) bertindak menolak pencalonan calon Bebas S.P Nagalingam bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Lintang (DUN) kerana pencadang beliau P.Muniandy bukan pengundi di kawasan terbabit.

Friday, 12 April 2013

SUMBANGAN DANA PILIHANRAYA UMUM KE-13



SUNGAI SIPUT :Kita sedia maklum, tugas yang kita laksanakan dalam setiap gerak kerja kita untuk perjuangan menegakkan syariat Islam di dalam negara ini adalah JIHAD. Setiap sumbangan kita dalam bentuk apa sekalipun adalah merupakan JIHAD kita kepada jalan ALLAH .
Pada kesempatan yang berharga ini, tahniah diucapkan kepada Ir. Hj. Ahmad Mazlan Othman (Yop Lan) yang telah dipilih menjadi calun Pakatan Rakyat DUN Lintang  di dalam Pilihanraya Umum Ke-13 ini.
Kejayaan ini merupakan suatu rahmat Allah yang menuntut pengorbanan yang lebih besar dari semua ahli/penyokong dan orang persaorangan yang bersimpati agar manifestasi mendaulatkan syariat Allah menjadi kenyataan .
Kewangan merupakan antara beberapa faktor penggerak utama bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke-13 yang amat mencabar.
Sehubungan ini, difahamkan Yop Lan memerlukan do’a, undi dan sumbangan anda dalam berbagai-bagai bentuk antara lain, wang tunai, tenaga kerja, kereta, pacuan empat roda (4x4), radio amatur, walkie talkie,T-shirt, makanan, bendera dan lain-lain yang anda ada untuk memenangan PAS (PR) di DUN Lintang. Sumbangan kewangan bolehlah dikreditkan terus kedalam akaun CIMB Ahmad Mazlan nombor : 14520000028107. Sumbangan-sumbangan lain bolehlah hubungi talian 019-3357111 / 010-8420052 /E-mail: yoplanlintang@gmail.com.
Layari yoplan.blogspot.com / temanloh.blogspot.com / face book: yop lan /paslohkarai. Mohon sebarkan kepada rakan-rakan & kenalan. Terima kasih atas sokongan dan bantuan anda.  

Wednesday, 10 April 2013

PENGUMUMAN SEBAHAGIAN CALUN-CALUN DUN DAN PARLIMEN NEGERI PERAK




SITIAWAN : Ustaz Abu Bakar Hussin selaku Pesuruhjaya PAS Perak malam tadi mengumumkan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin akan bertanding di DUN Changkat Jering yang mana sebelum ini ditandingi PKR.
Manakala, calon wanita Rohawati Abidin yang merupakan Ketua Dewan Muslimat PAS Lumut diumumkan akan menggantikan Nizar di Dun Pasir Panjang dan Ahli Jawatankuasa PAS
Pusat Idris Ahmad dinamakan sebagai calon di Parlimen Bukit Gantang, menggantikan Nizar.


Beliau turut mengumumkan beberapa calon yang akan bertanding pada PRU13 antara lain, DUN  Kubu Gajah pula akan ditandingi kembali oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Larut, Nazri Din. Kerusi DUN Lintang adalah kerusi tradisi PAS sebelum ini disahkan akan ditandingi Ir. Haji Ahmad Mazlan Othman yang mana pada pilihanraya 2008 ditandingi PKR.Pengumuman rasmi akan dibuat pada 18 April, 2013.
 
PAS Perak mengesahkan malam tadi bahawa parti itu akan bertanding di 22 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan tujuh kerusi Parlimen di negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).  Kesemua mereka dipilih atas faktor integriti, amanah, setia dan telus, katanya.