NACKVISION COM

Friday, 15 March 2013

MUHYIDDIN DAKWA KERAJAAN PR SELANGOR TIDAK TUNAI JANJI


SEDUTAN UCAPAN MUHYIDDIN YASIN TPM -HARAKAHDAILY 13 MAC,2013 

Tan Sri Muhyiddin Yasin TPM berkata kerajaan Selangor yang diterajui pakatan pembangkang telah menimbulkan pelbagai masalah kepada rakyat negeri ini dengan pelbagai janji manifesto yang tidak ditunaikan yang sehingga kini tidak dijawab oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Kita tak nak mengulang banyak cerita yang sudah berlaku di sini... saya bukan orang Selangor, tetapi saya tahu apa yang berlaku di negeri Selangor ini...Rakyat Selangor sudah pun marah dengan kerajaan (negeri yang diterajui pembangkang).
        
( CUBA KITA NILAI SAMADA DAKWAAN ITU BETUL ATAU SEBALIKNYA - LIHAT DIBAWAH APA YANG KERAJAAAN PAKATAN RAKYAT SELANGOR TELAH LAKUKAN)


Thursday, 14 March 2013

MINUM PETANG BERSAMA HJ. MOHAMAD SABU


JELAJAH TRELER NEGARA BERKEBAJIKAN


MUHYIDDIN DAKWA PR RANCANG GAGALKAN PRU KE-13 WUJUDKAN PORAK PERANDA





Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa hari ini bahawa daripada maklumat beberapa dokumen yang boleh dipercayai, pembangkang dipercayai merancang untuk menggagalkan pilihan raya umum ke-13 dengan mewujudkan keadaan porak peranda kerana gementar dengan sokongan rakyat kepada BN yang sudah mula meningkat. 
INI KERJA SIAPA ,UMNO/BN ATAU PAKATAN RAKYAT ???

 

 

PORAK-PERANDA: MUHYIDDIN DICABAR DEDAH DOKUMEN

Harakahdaily, 14 Mac 2013
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendesak Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengambil tindakan terhadap Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana melemparkan fitnah terhadap Pakatan Rakyat (PR) dengan tuduhan PR berusaha menggagalkan Pilihanraya Umum ke-13 dengan mewujudkan keadaan porak peranda.

“DPPM menganggap tuduhan TPM terlalu berat dan fitnah serta berunsur hasutan bagi menimbulkan ketegangan serta kegelisahan dalam masyarakat,” kata Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor dalam kenyataan kepada Harakahdaily.    (GAMBAR DI BAWAH .....INI KERJA SIAPA ???).

UNTUK KRONI BOLEH, UNTUK RAKYAT BANKRAP

SUNGAI SIPUT: Pemimpin UMNO/BN sanggup berkorban berbilion ringgit untuk menyelamatkan kroni mereka tetapi di masa yang sama memperkecilkan cadangan Pakatan Rakyat untuk mengurangkan beban yang ditanggung rakyat sebagaimana yang digariskan dalam manifesto Pakatan Rakyat dibentangkan baru-baru ini.

Kerajaan BN sanggup melangsaikan hutang bekas Pengarah Urusan Perwaja Steel, mendiang Eric Chia dan bekas Pengerusi Penerbangan Malaysia, Tan Sri Tajudin Ramli yang berjumlah berbilion ringgit, namun keberatan untuk membelanjakan wang negara untuk kebajikan rakyat.

Pemimpin UMNO/BN berpendirian bahawa negara akan bangkrap jika cadangan Pakatan Rakyat untuk menurunkan harga minyak dan kereta, memberikan pendidikan percuma, menghapuskan tol dan lain-lain jika dilaksanakan.Pakatan Rakyat bukanlah menentang kekayaan orang Melayu, yang ditentang adalah pembolotan kekayaan dan budaya kronism yang diamalkan untuk pemberian projek.

UMNO/BN beranggapan mereka sahaja yang layak memerintah Malaysia dan apa yang mereka laksanakan semuanya betul belaka dan mendapat sokongan juak-juak UMNO yang berada dibawah. Pada masa yang sama mereka memperlekehkan apa yang dicadangkan oleh Pakatan Rakyat walaupun betul dan memberi manafaat kepada rakyat.Ada sesetengah cadangan pada mulanya ditentang oleh mereka tetapi akhirnya mereka kitar semula idea berkenaan untuk dilaksanakan.  

Apakah mereka tidak nampak prestasi cemerlang negeri-negeri yang diperintah Pakatan Rakyat seperti Selangor, Kelantan, Pulau Pinang dan Kedah. Keempat negeri ini telah menunjukkan prestasi cemerlang dan mendapat pujian dari Ketua Audit Negara dalam laporannya pada tahun lalu.

-Pengarang.

Tuesday, 12 March 2013

BERKORBAN APA SAJA ASALKAN RAKYAT HIDUP SELESA


SUNGAI SIPUT : Ahli Parlimen Sungai Siput YB Dr. Jeyakumar diiringi Ir. Hj. Mazlan Othman (Calun Pakatan Rakyat DUN Lintang) mengadakan siri lawatan mengejut ke rumah keluarga India di Kampung Belakang Sekolah Shing Chung dekat sini untuk meninjau dengan lebih dekat keadaan kehidupan rakyat dikawasan berkenaan.

Semasa lawatan kesebuah rumah keluarga India dikawasan berkenaan,didapai salah sebuah rumah terlalu dhaif dimana atapnya  reput dan bocor. Menurut keluarga berkenaan, mereka tidak mampu untuk menganti atap kerana kos yang terlalu tinggi sedangkan pendapatan mereka tidak seberapa. Pada masa yang sama beliau juga perlu menanggung perbelanjaan tiga orang anak yang masih bersekolah.

Walaupun Ahli Parlimen Sungai Siput telah dinafikan peruntukan pembangunan oleh kerajaan BN yang memerintah, namun begitu atas dasar tanggungjawab kepada rakyat, YB Dr. Jeyakumar , Ir. Hj.Ahmad Mazlan Othman dan orang persaorangan yang bermurah hati bertekad untuk menghulurkan bantuan kepada keluarga berkenaan.

Sikap perihatin yang ditunjukkan oleh pemimpin seperti ini perlu dicontohi oleh Wakil Rakyat dari UMNO/BN , berkorban apa saja untuk melihat rakyat hidup selesa tanpa mengira bangsa dan fahaman politik yang berbeza. Janganlah asyik melaungkan slogan " Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan"tetapi tidak diadaptasikan dalam bentuk tindakan.         

Monday, 11 March 2013

YOP LAN DIBERI PENGHORMATAN MERASMIKAN MESYUARAT AGUNG KHAIRAT KEMATIAN

SUNGAI SIPUT : Khairat Kematian Kampung Pulau Mentimun, Talang & Trosor telah mengadakan Mesyuarat Agung kali ke-41 hari ini bertempat di Dewan Abdul Malik, Trosor dekat sini.  Ir. Haji Ahmad Mazlan Othman (Yop Lan) telah dijemput dan diberi penghormatan merasmikan Mesyuarat Agung berkenaan. Difahamkan, ini adalah kali ketiga beliau dijemput merasmikan Mesyuarat Agung yang sama. Pada tahun lepas Dato' Dzulkifli bin Hj. Haron selaku Ketua UMNO Bahagian Sungai Siput merasmikan mesyuarat berkenaan.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada Encik Mahalil bin Ishak selaku Pengerusi Khairat Kematian dan Ahli Jawatankuasa yang telah memutuskan menjemput beliau merasmikan mesyuarat agung kali ini.Walaupun beliau dan Encik Mahalil Ishak mempunyai fikrah politik yang berbeza, namun itu tidak menjadi halangan demi kebaikan masyarakat.

Antara lain intipati ucapan beliau, banyak menyentuh mengenai berbuat kebajikan untuk mendapat rahmat dan barakah dari Allah.Beliau merujuk kepada Firman Allah yang bermaksud " hendaklah kamu bertolong-tolong dalam berbuat kebajikan dan taqwa ,janganlah kamu bertolong-tolong dalam melakukan maksiat". Sebagai contoh, berada dalam majlis mesyuarat kali ini juga dikira sebagai berbuat kebajikan dan diberi ganjaran pahala oleh Allah.

Menyingkap kembali kedatangan Islam 700 tahun yang silam, dimana sebelum kedatangan Islam manusia menganut agama hindu dan menyembah berhala. Mubaliq telah mengembangkan Agama Islam di nusantara dengan berbekalkan ilmu, budi pekerti dan akhlak yang baik.Pada ketika itu raja-raja Melayu yang menjadi pemerintah cukup kuat berpegang kepada agama. Ini dikuti orang Melayu khasnya cukup taat kepada raja pemerintah. Sekarang Malaysia mengamalkan pemerintahan "Raja Berpelembagaan".

Dalam Malaysia yang mempunyai penduduk sekitar 28 juta orang, Melayu cuma 60% dan selebihnya bangsa-bangsa lain.Kita hendaklah berdakwah dan berbuat baik dengan menunjukkan contoh yang baik kepada bangsa lain.agar mereka tidak takut kepada Islam. Ubah minda kita, semaikan kasih sayang dan tolong menolong diantara satu sama yang lain tanpa mengira kaum.Terangkan kepada mereka kebaikan Islam barulah mereka tidak takut kepada Islam.


Dalam proses memilih pemimpin pastikan kita sudah ada pilihan kerana kita ada hak memilih. Mata, telinga, tangan, kaki dan akal (minda) kita berhak menentukan pilihan yang terbaik.Setiap yang bernyawa pasti akan menemui kematian. Ini adalah satu peringatan kepada kita dan semua ini akan disoal diakhirat kelak.