Masyarakat Orang Asal dipenempatan berkenaan begitu mesra dan bergambar kenangan bersama Yop Lan .Dalam masa yang sama beliau berpeluang bertanya khabar dan menyampaikan sumbangan kepada keluarga Orang Asal dipenempatan berkenaan.
Thursday, 21 February 2013
YOP LAN BERSAMA ROMBONGAN MENYANTUNI MASYARAKAT ORANG ASAL DI PERJE UPU POS LEGAP
SUNGAI SIPUT: Yop Lan bersama rombongan, berkesempatan melawat dan menyantuni masyarakat Orang Asal di Sungai Perje dalam UPU Pos Legap. Kawasan penempatan Orang Asal Sungai Perje terletak jauh dipendalaman terpaksa melalui jalan yang berliku untuk sampai kedestinasi. Namun begitu, tidak mematahkan semangat beliau serta rombongan untuk sampai kesitu dengan pacuan empat roda yang memakan masa sekitar 2 jam dari Sungai Siput.
Masyarakat Orang Asal dipenempatan berkenaan begitu mesra dan bergambar kenangan bersama Yop Lan .Dalam masa yang sama beliau berpeluang bertanya khabar dan menyampaikan sumbangan kepada keluarga Orang Asal dipenempatan berkenaan.
Masyarakat Orang Asal dipenempatan berkenaan begitu mesra dan bergambar kenangan bersama Yop Lan .Dalam masa yang sama beliau berpeluang bertanya khabar dan menyampaikan sumbangan kepada keluarga Orang Asal dipenempatan berkenaan.
Sunday, 17 February 2013
SANTAI PEMUDA BERSAMA YOP LAN
SUNGAI SIPUT: Program “Santai Pemuda” bersama Yop Lan yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan
Sungai Siput mendapat sambutaan diluar jangkaan. Tapak program iaitu
diperkarangan hadapan rumah Yop Lan di Simpang Trosor, Sungai Siput . Kehadiran
pemuda dari kampung-kampung dipersekitaran dalam DUN Lintang amat menggalakan.
AF Ustaz Fahmi Ismail selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Sungai Siput merangkap Exco Lajnah Kebajikan Pemuda PAS Negeri Perak ketika ditemubual, menyatakan pemuda akan menganjurkan program seperti ini setiap hujung minggu dan aturcara akan disesuaikan mengikut selera anak muda asalkan tidak bercanggah dengan syarak.
Penganjuran program seperti ini bertujuan merapatkan ukhwah dikalangan pemuda. Bersantai sambil makan dapat memupuk jalinan kemesraan dan mengujudkan satu pasukan pemuda bagi membantu Jentera Pilihanraya menjelang PRU ke-13 yang boleh berlaku bila-bila masa dari sekarang. Selain dari itu momentum pemuda hendaklah dikekalkan. .
Dalam perkembangan yang sama, ketika “Sembang Santai”, Yop Lan menyentuh beberapa perkara antara lain ialah pembentukan pasukan bolasepak “Lintang United”. Harapan beliau untuk mengujudkan satu pasukan bolasepak yang disegani dirantau ini. Pemilihan pemain-pemain tempatan dalam DUN Lintang yang berpotensi akan diadakan dalam masa terdekat.
Selain dari itu beliau banyak menyentuh mengenai kesukaran bagi mendapatkan pekerjaan dari kalangan anak-anak muda yang menganggur dan terpaksa bersaing dengan pendatang asing, dimana syarikat swasta terlalu memikirkan keuntungan dari kebajikan rakyat tempatan yang masih belum mempunyai pekerjaan.
Salah satu dari keperluan asas untuk menceburi bidang pekerjaan ialah kemahiran dalam bidang-bidang tertentu. Kos untuk memiliki kemahiran tertentu terlalu tinggi diluar kemampuan anak-anak muda. Sebagai contoh bagi mendapatkan lesen memandu kenderaan untuk bekerja sebagai pemandu terpaksa mengeluarkan perbelanjaan mencecah RM 600.00 ke RM 1,000 disetengah tempat.
Beliau berjanji jika sekiranya diberi peluang memerintah kali ini, Pakatan Rakyat ada potensi besar untuk membantu membangun, mengembangkan minat pemuda bagi mendapatkan pekerjaan. Seterusnya beliau menyeru pemuda-pemuda membantu Pakatan Rakyat memenangi pilihanraya kali ini. Undi yang saudara berikan pasti akan mendapat ganjaran pahala dari Allah, kerana PAS memperjuang dan menegakkan syariat Islam. Mana mungkin mengundi parti yang memperjuangakan Islam tidak dapat pahala sedangkan membuang duri atas jalan pun akan diberi ganjaran pahala dari Allah.
Dalam program sembang santai kali ini, Yop Lan mempelawa pemuda-pemuda yang ingin meluahkan apa jua pandangan dan teguran yang membina tampil kehadapan bersembang dengan beliau.
Saturday, 16 February 2013
KEPERIHATINAN SEORANG PEMIMPIN
SUNGAI SIPUT: Keluhan dan rintihan Saudara Kamarudin Abd Hamid dari Kampung Kandang Hilir, Kota Lama Kanan memohon bantuan membaiki atap dan tandas rumah beliau yang telah uzor telah mendapat perhatian Ir. Hj. Ahmad Mazlan Othman (Yop Lan) . Ini adalah rentetan dari lawatan mengejut Yop Lan dan YB.Dr. Kumar tempohari kerumah beliau. Sebelum ini beliau pernah mengajukan permohonan kepada pihak UMNO/BN tetapi hingga kehari ini tidak mendapat layanan.
Atas keperihatinan Yop Lan, kerja gotong royong bagi tujuan tersebut telah dapat dijalankan pagi ini bersama anak buah beliau diketuai oleh Saudara Ahmad Puat Abd Ghani (Pengarah Pilihanraya MTD Lintang) .
Saudara Kamarudin Hamid yang bekerja sebagai penoreh getah dan mempunyai anak seramai sembilan orang, tidak mampu mengeluarkan perbelanjaan bagi tujuan tersebut. Perbelanjaan membeli peralatan disumbangkan oleh Yop Lan sendiri. Tuan rumah sekeluarga mengucapkan terima kasih kepada Yop Lan dan rombongan atas perhatian dan keperihatinan beliau.
Friday, 15 February 2013
Thursday, 14 February 2013
Wednesday, 13 February 2013
BERJASA KEPADA RAKYAT WALAUPUN PERUNTUKAN PEMBANGUNAN DINAFIKAN BN
SUNGAI SIPUT : Kerajaan Barisan Nasional (BN) telah menzalimi rakyat dikawasan Parlimen Sungai Siput, dimana peruntukan pembangunan Ahli Parlimen Sungai Siput YB Dr. Jeyakumar telah dinafikan. Peruntukan pembangunan berkenaan sepatutnya disalurkan secara adil kepada semua Ahli Parlimen dan ADUN . Malang sekali Kerajaan BN tidak berlaku adil kepada semua Ahli Parlimen dan ADUN dari Pakatan Rakyat.
Walaupun tekanan dan kezaliman BN berterusan hingga keakhir penggal, namun tidak mematahkan semangat Ahli Parlimen Sungai Siput YB Dr. Jeyakumar dan Ir. Haji Ahmad Mazlan Othman yang begitu sinonom dengan panggilan “Yop Lan” berkhidmat kepada rakyat dikawasan Parlimen Sungai Siput amnya dan DUN Lintang khasnya.
Atas daya inisiatif Yop Lan dan YB Dr. Jeyakumar serta sokongan dari orang ramai, sebuah jambatan gantung telah berjaya dibina dipenempatan Orang Asal di Perje, kawasan pendalaman. Jambatan berkenaan telah dibina secara kerja gotong royong oleh penduduk tempatan dan tenaga pakar yang didatangkan khas dari firma Yop Lan sendiri. Dalam masa yang sama Ir. Haji Ahmad Mazlan Othman sebagai Jurutera Perunding yang mempunyai kepakaran dalam bidang berkenaan bertanggungjawab sebagai Jurutera projek pembinaan jambatan berkenaan.
Difahamkan, kos pembinaan jambatan berkenaan menelan belanja kurang lebih RM 80,000 hasil sumbangan terbesar dari Yop Lan dan YB Dr. Jeyakumar dan selebihnya dari sumbangan orang ramai. Sumbangan besar kedua-dua pemimpin tetap dikenang oleh seluruh masyarakat Orang Asal di Perje khasnya . Rata-rata rakyat dikawasan terhutang budi kepada kedua-dua pemimpin.
Subscribe to:
Posts (Atom)









