NACKVISION COM

Wednesday 8 May 2013

PAS SUNGAI SIPUT TETAP BERSAMA RAKYAT WALAUPUN TEWAS PRU-13


SUNGAI SIPUT : PAS Kawasan Sungai Siput akan terus bersama-sama rakyat di kawasan itu dalam membawa isu-isu kebajikan mereka walaupun tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) minggu lalu.

Calon PAS mewakili Pakatan Rakyat di Dewan Undangan Negeri Lintang, Ir. Hj. Ahmad Mazlan Othman (Yop Lan) berkata, dengan undi sebanyak 7,467 beliau yakin rakyat masih bersama parti itu.

"PAS Kawasan Sungai Siput akan tetap menjadi suara kedua, "check and balance" terhadap apa sahaja yang melibatkan penduduk di Dewan Undangan Negeri Lintang," kata beliau ketika dihubungi hari ini.

Tanpa menganggap ia satu kekalahan, Ir. Hj. Ahmad Mazlan Othman (Yop Lan) menambah, itu adalah merupakan sebahagian dari tanggungjawab yang perlu diteruskan. Pada masa yang sama Yop Lan mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada pengundi-pengundi dan semua pihak atas do’a dan sumbangan dalam berbagai-bagai bentuk . Ganjaran ALLAH SWT adalah pasti dan Allah putuskan yang terbaik untuk hambaNya. Yop Lan memohon maaf atas sebarang kesilapan dan kelemahan.

YOP LAN MEMOHON MAAF ATAS SEBARANG KESILAPAN & KELEMAHAN

Assalamu'alaikum & salam sejahtera kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam pilihanraya Umum ke-13 yang baru berlalu. Yop Lan mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pengundi atas do'a dan sumbangan dalam berbagai-bagai bentuk. Ganjaran ALLAH SWT adalah pasti dan Allah putuskan yang terbaik untuk hambaNYA. Yop Lan memohon maaf atas sebarang kesilapan & kelemahan.

Sunday 5 May 2013

SELAMAT PULANG ANAK PERANTAU

SELAMAT PULANG ANAK PERANTAU KEKAMPUNG HALAMAN, KETIBAAN ANDA DINANTIKAN DENGAN IRINGAN DO'A SEMOGA SENANTIASA DALAM PERLINDUNGAN ALLAH JUA HENDAKNYA.KAMI PASTI ANDA TELAH MEMBUAT KEPUTUSAN YANG TERBAIK UNTUK PERUBAHAN MASA HADAPAN. INSYAALLAH ANDA AKAN MEMBERI SOKONGAN KEPADA CALUN KITA YOP LAN DUN LINTANG (PAS) & DR. JEYAKUMAR (PKR) PARLIMEN SG. SIPUT. TERIMA KASIH KERANA ANDA MEMBERI SATU UNDI KEPADA PR DIWAKILI PAS & PKR. 

Wednesday 1 May 2013

KONVOI ANAK-ANAK MUDA MENGIRINGI DATO' SERI NIZAR


SUNGAI SIPUT : Lawatan Dato' Seri Ir. Nizar Jamaluddin ke DUN Lintang Sungai Siput disambut oleh calun Pakatan Rakyat DUN Lintang Ir. Hj. Ahmad Mazlan Othman dan Dr. Jeyakumar diiringi konvoi sejumlah 143 buah motosikal dan 57 buah kereta dari persimpangan Hospital Sungai Siput ke FELDA Lasah diraikan dalam satu majlis santai minum petang bersama pemimpin.

Walaupun hujan lebat disekitar jam 3.00 petang, namun anak-anak muda masih setia
menunggu ketibaan Dato' Seri Nizar Jamaluddin.Sokongan anak-anak muda kepada Yop Lan, calun Pakatan Rakyat DUN Lintang melonjak ketahap tertinggi hari demi hari .