NACKVISION COM

Sunday, 10 March 2013

ALLAHYARHAM BASIR BIN ALANG DAHAMAN 82, MENINGGAL DUNIA

Ahad, 10 Mac 2013

SUNGAI SIPUT : Allahyarham Basir bin Alang Dahaman 82, dari Kampung Suak Ponggor, Jawang telah kembali keRahmatullah pagi ini dan dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Jawang. 

Ir. Hj. Ahmad Mazlan Othman bersama rombongan sempat menziarahi keluarga Allahyarham dan solat jenazah bersama penduduk setempat.

Saudara Fadzil bin Abdul Rahman (Ketua Urusan Ulama' PAS Kawasan Sungai Siput) telah dipelawa mengimamkan solat berkenaan. 

Pada masa yang sama, PAS Kawasan Sungai Siput mengucapkan takziah kepada keluarga berkenaan dan bersabar menempuh dugaan diiringi do'a semoga keluarga yang tinggal senantiasa dalam perlindungan Allah jua hendaknya.  

PAS SUNGAI SIPUT BANTU IBU TUNGGAL

SUNGAI SIPUT : Negara sudah mencapai kemerdekaan, 55 tahun sudah berlalu dibawah pemerintahan kerajaan BN, namun masih ada masyarakat yang terpinggir dari arus pembangunan.Keluhan dan rintihan rakyat yang benar-benar memerlukan bantuan dari kerajaan yang memerintah tidak dihiraukan walaupun telah diajukan kepada pihak yang berwajib.

Puan Rahmah binti Haron, ibu tunggal di Kampung Batu 11, Lintang bersama anaknya seramai tiga orang yang masih belum mendapat pekerjaan tetap, tidak mampu untuk menganti atap rumah beliau yang bocor dan boleh dikatakan semuanya telah reput. Pihak UMNO/BN sudah melihat sendiri keadaan rumah beliau, dan mengambil gambar sekadar memenuhi album untuk tontonan tanpa sebarang tindakan.

Pada masa yang sama, semasa menziarahi anak beliau meninggal dunia baru-baru ini. Ir. Hj. Ahmad Mazlan Othman (Yop Lan) sempat ditemui keluarga berkenaan dan menceritakan keadaan yang berlaku. Beliau sungguh terharu dan amat bersimpati dengan keluhan ibu tunggal berkenaan. Atas daya inisiatif Ir. Hj. Ahmad Mazlan Othman, PAS Kawasan Sungai Siput melalui dana "Tabung Kebajikan " telah berjaya menganti kesemua atap rumah beliau secara kerja gotong royong dikalangan ahli PAS dan masyarakat setempat.

Pihak tuan rumah sekeluarga begitu terharu dengan tindakan pantas pihak PAS Kawasan Sungai Siput dan mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga. Sekalong penghargaan kepada petugas sukarela yang bertungkus lumus dalam keadaan panas terik untuk berkhidmat kepada masyarakat amat dihargai.

Tuesday, 5 March 2013

TERJAH DUN LINTANG BERSAMA CALUN DAN PIMPINAN PAS NEGERI PERAK



SUNGAI SIPUT : Pesuruhjaya  PAS Negeri Perak  AF Ustaz Abu Bakar Hussin, Timbalan-Timbalan Pesuruhjaya YB.Dato’ Seri Nizar Jamaluddin dan AF Ustaz Misbahul Munir Masduki diiringi pimpinan-pimpinan PAS Kawasan Sungai Siput dan calun Pakatan Rakyat DUN Lintang Ir. Haji Ahmad Mazlan Othman berkampung di DUN Lintang dilokasi yang berasingan . Program  yang telah diatur di Unit-Unit Peti Undi terpilih dalam DUN Lintang ialah “Terjah UPU” di Kampung Temin, Trosor dan “Khidmat Masyarakat” antara lain pemeriksaan darah dan gunting rambut percuma di Pekan Karai dekat sini.

Pimpinan turun padang bersama calun menyantuni pengunjung  memberikan suntikan baru kepada masyarakat setempat, dimana mereka dapat berkenalan dan mengenali pimpinan negeri dan calun dengan lebih dekat. Sambutan masyarakat setempat berbilang kaum amat  memberangsangkan, rata-rata mereka kelihatan ceria dan mesra berbual bersama pemimpin.

Mengikut tinjauan kami secara rambang , mereka yang ditemui menyatakan  amat berpuas hati dengan calun yang diketengahkan oleh Pakatan Rakyat dari PAS Ir.Ahmad Mazlan Othman yang lebih sinonim dengan panggilan “Yop Lan ”seorang ahli profesional sebagai Jurutera Perunding.  Selain itu beliau juga mempunyai latar belakang Agama yang baik dan berwibawa.

Ini memberi  isyarat jelas kepada UMNO/BN  bahawa Pakatan Rakyat menjadi pilihan dan tidak boleh menganggapnya  sebagai sebuah parti yang kerdil seperti dahulu. Justeru itu, Pakatan Rakyat memang selayaknya mengantikan UMNO/BN dalam pilihanraya ke-13 nanti.      

Monday, 4 March 2013

JELAJAH TRELER BERSAMA YOP LAN, BAB LOKMAN & PAK JABIT


PASUKAN BOLASEPAK "LINTANG UNITED" MENCUNGKIL BAKAT PEMAIN TEMPATAN BERBAKAT

SUNGAI SIPUT : Pasukan bolasepak "Lintang United" yang dibentuk oleh Ir. Haji Ahmad Mazlan Othman (Yop Lan) sebulan yang lalu telah menemui sekurang-kurangnya 5 orang pemain tempatan yang berbakat semasa sesi pemilihan yang berlangsung di padang bolasepak Kampung Periang petang tadi.Ini diikuti dengan perlawanan persahabatan diantara "Pilihan Periang" dengan "Lintang United", berkesudahan dengan kemenangan berpihak kepada "Pilihan Periang" dengan jaringan 3-1 . Gol bagi Pasukan "Pilihan Periang" dijaringkan oleh Mohd Syawal diminit ke 28 ,36 dan Tajul Ariffin Talib minit ke 58 diikuti jaringan tunggal oleh Kamaruzaman Rosli pada minit ke 30 oleh pemain "Lintang United".

Menurut Pengurus Pasukan "Lintang United" Ir. Haji Ahmad Mazlan Othman, sesi pemilihan berikutnya akan diadakan di Mini Stadium FELDA Lasah diikuti tempat-tempat lain yang akan di umumkan kelak.Dengan adanya pemilihan pemain tempatan seperti ini, impian dan harapan beliau untuk membentuk satu pasukan bolasepak yang benar-benar bertenaga ,mantap dan disegani dirantau ini  akan menjadi kenyataan disatu hari nanti. 

Selain itu, beliau berhasrat untuk mendaftarkan pasukan "Lintang United" menyertai liga bolasepak daerah apabila pasukan dibawah kelolaannya memenuhi semua kreteria yang diperlukan apabila tiba masanya kelak.

Sunday, 3 March 2013

PROGRAM SERAMPANG DUA MATA "SANTAI BASIKAL" & MENYANTUNI MASYARAKAT

SUNGAI SIPUT : Program "Santai Basikal" hujung minggu bersama Ir. Haji Ahmad Mazlan Othman (Yop Lan) bakal calun Pakatan Rakyat DUN Lintang  masih diteruskan ke lokasi persinggahan di Kem Rekreasi Intan Suraya ,20 kilometer dari Bandar Sungai Siput . Sejak program ini dilancarkan, kami telah merentasi lokasi diseluruh kampung dalam DUN Lintang. Program serampang dua mata ini bertujuan antara lain merapatkan hubungan saf kepimpinan PAS kawasan, pemuda dan muslimat  disemua peringkat bagi membentuk satu pasukan petugas pilihanraya yang benar-benar mantap untuk menghadapi pilihanraya umum ke-13 nanti. 

Selain itu, tahap kecergasan rohani dan jasmani  semua anggota perlu dikekalkan bagi menyaingi pesaing politik UMNO/BN. Semasa dalam perjalanan menuju lokasi persinggahan yang dirancang, Yop Lan dan anggota yang mengiringi beliau berkesempatan menemuai masyarakat setempat secara dekat ,bertanya khabar dan mengenalpasti permasaalahan yang mereka hadapi selama ini . Rata-rata masyarakat kampung dalam DUN Lintang yang disantuni menerima kunjungan kami secara positif. .


Thursday, 28 February 2013

PERLAWANAN PERSAHABATAN DIANTARA "LINTANG UNITED" VS "PILIHAN PERIANG"

SUNGAI SIPUT : Pasukan bolasepak “Lintang United” akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan “Pilihan Periang” pada 3 Mac, 2013 jam 5.30 petang di padang Kampung Periang . Menurut Pengurus pasukan “Lintang United” Ir. Haji Ahmad Mazlan Othman (Yop Lan) , tujuan utama perlawanan ini ialah bagi mencungkil bakat-bakat pemain tempatan untuk diserap kedalam pasukan dibawah kelolaan beliau.
Selain itu, beliau berhasrat untuk menjadikan pasukan bolasepak “Lintang United”sebuah pasukan yang disegani dirantau ini , terdiri dari pemain-pemain tempatan yang berbakat dan berpotensi besar untuk diketengahkan.