NACKVISION COM

Wednesday, 13 February 2013

ZIARAH KELUARGA ORANG ASAL DI POS POI, LASAH

SUNGAI SIPUT : Walaupun sibuk dengan tugas dan program yang telah diatur, Yop Lan diiringi Pengarah Pilihanraya PAS Kawasan Sungai Siput Saudara Ahmad Fuad Abd Ghani serta rombongan, berkesempatan menyantuni masyarakat Orang Asal di Perkampungan Orang Asal Pos Poi, Lasah. Pada sebelah pagi Yop Lan meluangkan masa menziarahi kematian Allahyarham Shaharudin di FELDA Lasah dan bapa mertua Haji Dahalan di Kampung Kelimat, Sungai Siput.

Tuesday, 12 February 2013

PROGRAM HUJUNG MINGGU "SANTAI BASIKAL" BERSAMA YOP LAN

SUNGAI SIPUT- 12 Februari,2013 : Program "Santaibasikal" hujung minggu yang diilhamkan oleh Yop Lan masih diteruskan sejak ianya dilancarkan beberapa bulan yang lalu. Program ini terbuka kepada semua golongan tanpa mengira usia. Setiap hujung minggu Yop Lan berkesempatan menjelajah ke kampung-kampung menyantuni masyarakat sambil bertanya khabar.

Program seperti ini memang baik diteruskan, antara lain ianya  menyihatkan badan dan dapat mengeratkan hubungan silatulrahim serta  berkenalan diantara satu sama yang lain. Dalam perjalanan ke destinasi yang dijadualkan, Yop Lan serta pengiring sempat menziarahi warga emas yang sakit terlantar dan golongan masyarakat yang kurang bernasib baik.

Ayoh kawan-kawan, golongan muda, pertengahan dan veteran kita jelajah segenap pelusuk kampung dalam DUN Lintang setiap hujung minggu. Pengesahan jadual boleh layari "facebook" "santaibasikal sgsiput.        

SELAMAT TAHUN BARU CINA

Monday, 11 February 2013

PASUKAN "LINTANG UNITED" PASUKAN KEBANGAAN KITA

SUNGAI SIPUT: 11 Februari,2013 - Pasukan Bolasepak "Lintang United" yang baru dibentuk oleh Yop Lan menyertai pertandingan 9 sebelah terbuka anjuran PAS Periang.36 pasukan mengambil bahagian. Hadiah tempat pertama RM1,000, kedua RM 600, ketiga dan keempat RM 200.Yop Lan turut menyumbang bagi menjayakan program tersebut.

Sunday, 10 February 2013

PERASMIAN PASUKAN BOLASEPAK "LINTANG UNITED" OLEH YOP LAN

SUNGAI SIPUT- 10 Februari,2013: Pasukan bolasepak "Lintang United A & B" telah dibentuk dan dirasmikan oleh Ir.Haji Ahmad Mazlan Othman tepat jam 10.15 pagi ini di Stadium FELDA Lasah. Kedua-dua pasukan turut menyertai pertandingan bolasepak 9 sebelah anjuran Belia FELDA Lasah. Dalam masa yang sama, Ir.Hj. Ahmad Mazlan Othman sinonim dengan panggilan Yop Lan selaku pengurus pasukan berharap bakat-bakat baru dapat dicungkil dikalangan pemuda tempatan dalam DUN Lintang dengan tertubuhnya pasukan ini. Saudara Sabdin Harun telah dilantik sebagai jurulatih pasukan. 

Saturday, 9 February 2013

YOP LAN & ISTERI DIIRINGI PIMPINAN PAS KAWASAN MENYANTUNI MASYARAKAT CINA DI SALAK & LASAH SUNGAI SIPUT

SUNGAI SIPUT-09 Februari,2013 :
Calun Pakatan Rakyat DUN Lintang, Sungai Siput, Ir.Haji Ahmad Mazlan Othman dan isteri diiringi pimpinan PAS Kawasan Sungai Siput , menyantuni masyarakat Cina , warga tua yang uzur di Pekan Lasah dan Salak, Sungai Siput mengucapkan "GONG XI FA CHAI" dan menyampaikan sumbangan buah limau dan "Ang Pau" kepada kanak-kanak sebagai tanda ingatan sempena sambutan Hari Raya Cina . Kemesraan masyarakat Cina amat menggalakan.

Dalam masa yang sama, saya sempat menebual Ir. Hj. Ahmad Mazlan yang begitu sinonim dengan panggilan Yop Lan apakah harapan dan peluang beliau untuk menawan DUN Lintang dalam pilihanraya umum ke-13 ini. Peluang dan harapan untuk menawan DUN Lintang yang diwakili UMNO/BN memang ada . Keakraban dan jalinan kerjasama parti-parti komponen Pakatan Rakyat terdiri dari PAS,PKR dan DAP serta PSM memang baik . Minda rakyat di kawasan Sungai Siput amnya telah banyak berubah kerana mereka mendapat ekses maklumat dari sumber yang tepat dan benar seperti  internet, media elektronik yang lain.

Kalau dahulu mereka tidak mendapat maklumat yang tepat dan benar, tetapi sekarang  rakyat dikawasan kampung-kampung mudah mendapat maklumat. Mereka dapat membezakan mana satu pilihan yang terbaik. Rakyat sudah tidak percaya lagi kepada media arus perdana seperti TV 1, TV 3 dan akhbar “Utusan Malaysia”. Momokan dan putar belit UMNO/BN untuk meraih undi tidak diindahkan lagi. Beliau menaruh harapan dan optimis Pakatan Rakyat InsyaAllah dapat menawan DUN Lintang dalam pilihanraya kali ini dan seterusnya dapat menyumbang satu kerusi kemenangan bagi memerintah kembali Negeri Perak yang telah dirampas UMNO/BN secara tidak sah.
Tambahnya, jentera pilihan rayanya juga kini bersedia untuk berdepan dengan UMNO/BN dalam pilihan raya umum kali ini.

Friday, 8 February 2013

PAS KAJI TINDAKAN UNDANG-UNDANG TERHADAP POLIS


07 Feb 2013
KUALA LUMPUR: PAS bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang kepada polis jika terus membiarkan kegiatan menyekat aktiviti PAS oleh pihak lain.

Ketua Lajnah Undang-Undang PAS Pusat, Haji Asmuni Awi (gambar) berkata, memang menjadi 'statutory duty' kepada pasukan polis untuk mencegah pergaduhan, jenayah dan sebagainya.

Tetapi jika polis berada di tempat kejadian tetapi tidak mencegah pihak yang membuat pergaduhan misalnya, hanya menjaga lalu lintas sahaja, itu sudah salah.

"Oleh itu kita sedang mengkaji tindakan undang-undang terhadap pihak polis".
Beliau mengulas beberapa kejadian yang melibatkan program PAS disekat dan diganggu oleh pihak tertentu tetapi polis yang berada dilokasi kejadian  tidak bertindak menghalangnya.Polis hanya memastikan lalu lintas tidak terganggu sahaja.Dalam satu kejadian di pintu masuk Felda Teloi Timur, samseng jalanan menyekat pemimpin dan aktivis PAS dari mengadakan ceramah di sana.

OCPD Sik, DSP Ismail Ibrahim dan lebih 30 orang anggota polis gagal menyuraikan samseng jalanan yang membuat benteng menghalang saya dan hampir 500 orang dari kawasan berhampiran untuk masuk ke tapak ceramah. Adalah sangat memalukan , samseng ini bermaharajalela dan hanya diperhatikan sahaja oleh pihak polis.