Dato' Seri Najib sudah membuat jangkaan awal bahawa peralihan kuasa akan berlaku selepas pilihanraya umum ke-13. Beliau sendiri sudah menyedari hakikat jangka hayat BN sudah sampai kepenghujung, cuma menantikan saat yang paling mendebarkan.Denyutan jantung yang akhir sudah mula terasa, cuma yang terdaya beliau lakukan ialah dengan rayuan terakhir kepada rakyat agar dapat memberikan mandat untuk memerintah sekali lagi.
Sedarlah, disaat sebegini tidak mungkin rakyat termakan dengan umpanan dan pujuk rayu.Cuma kuasa penentu dihujung jari rakyat dengan izin Allah yang Maha berkuasa.
Beliau menulis dalam akaun twitter peribadinya seperti dibawah ;
Wednesday, 3 April 2013
EMPAT DEWAN UNDANGAN NEGERI DIBUBAR HARI INI
Di Perak Menteri Besar Datuk Seri Dr
Zambry Abdul Kadir mengumumkan pembubaran DUN di kediaman rasminya di Ipoh pada
kira-kira jam 5.20 petang ini selepas mengadap Pemangku Raja Perak Raja Dr
Nazrin Shah di Istana Iskandariah di Kuala Kangsar pada pukul 3 petang ini.
Manakala di Sabah pula, pengumuman mengenai pembubaran itu dibuat Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman pada sidang akhbar kira-kira pukul 4 petang hari ini di kediaman rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya di Kota Kinabalu.
Di Melaka, Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam mengumumkan pembubaran itu selepas mengadap Yang Dipertua Negeri Tun Mohd Khalil Yaakob di pejabatnya di Seri Negeri di sini pada 1 tengah hari bagi menyerahkan notis pengisytiharan pembubaran DUN.
Di Perlis, Dewan Undangan Negeri Perlis dibubarkan serentak dengan pembubaran Dewan Rakyat bagi membolehkan pilihan raya umum ke-13 diadakan.
PAS JANGKA PILIHANRAYA PADA 27 APRIL,
Justeru, Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr. Mohd Hatta Ramli menggesa semua jentera parti di setiap peringkat menggunakan tarikh tersebut bagi memandu gerak kerja.
Tambah beliau, biarpun PAS sudah lama bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum, dengan tarikh jangkaan ini diharapkan jentera parti akan lebih giat dlakukan.
"Tarikh-tarikh ini boleh jadi mungkin akan berubah. Tetapi, sehingga kini, saya seru semua jentera agar bergerak berpandukan tarikh ini," tegas beliau kepada Harakahdaily, hari ini.
Dalam pada itu, Dr. Hatta berkata PAS akan mengumumkan senarai calon yang akan bertanding pada PRU13 ini sebelum tarikh penamaan calon yang akan ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Beliau percaya, akan ada pengumuman awal bagi calon-calon yang diputuskan, yang dilihat boleh membawa impak positif kepada kempen Pakatan Rakyat.
PAS Perlis merupakan negeri pertama yang mengumumkan bakal calon yang akan bertanding di kerusi parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun).
Pengumuman itu dibuat kira-kira 15 minit sebelum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran parlimen, pada 11.35 pagi tadi.
PARLIMEN SUDAH DIBUBAR
Pastikan DUN Lintang dapat menyumbang satu kerusi kemenangan bagi menawan kembali Negeri Perak khasnya. Marilah kita bersatu tenaga bagi menumbangkan BN dalam pilihanraya kali ini. Selain itu, "DANA PILIHANRAYA" amat diperlukan, sumbangan ahli, penyokong adalah dialu-alukan. Bantulah Pakatan Rakyat untuk membantu rakyat.
Anak-anak rantau disegenap pelusuk negara dirayu pulang khasnya pada hari mengundi. Kepulangan dan pengorbanan anda amatlah dihargai dan dinanti-nantikan. Jom kita bawa perubahan di DUN Lintang khasnya dan diseluruh negara amnya.
PARLIMEN BUBAR HARI INI
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijangka mengumumkan pembubaran
Parlimen hari ini bagi membolehkan pilihan raya umum ke-13
dilangsungkan.
Beliau akan berucap secara langsung pada jam 11.30 pagi ini selepas bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong sebelumnya.
"Saksikan Perdana Menteri @NajibRazak berucap secara langsung di TV pada pukul 11.30 pagi ini," menurut pesanan twit pejabat akhbar Pejabat Perdana Menteri hari ini.
Selepas dibubarkan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) harus menetapkan tarikh pilihan raya akan berlangsung. Undang-undang menetapkan ia mesti dibuat dalam tempoh 60 hari.

Tuesday, 2 April 2013
DUN LINTANG DIWAKILI CALUN PROFESIONAL DARI PAS
SUNGAI SIPUT : 02 April,2013 -DUN
Lintang merupakan salah satu daripada
kerusi tradisi PAS di Perak, dalam PRU 12 sebelum ini ditandingi oleh calun
dari PKR. Pada pilihanraya ke 13 kali
ini akan ditandingi semula oleh calun PAS. Pada pilihanraya umum 2008 lalu,
calun PKR Mohamad Aun Yob Abas tewas kepada calun BN Ahmad Pakeh Adam hanya
dengan majoriti 1,376 undi.
Mohamad Aun PKR mendapat 6,690 undi manakala Ahmad Pakeh Adam memperolehi sebanyak 8,066 undi.
Mengikut keputusan PRU 11&12, jumlah undi yang diperolehi calun BN 2004 (65.44%) 2008 (54.66%) menunjukan penurunan (10.78%) .Pakatan Rakyat memperolehi (27.01%) 2004 (45.34%) 2008 menunjukan peningkatan (18.33%) Perbezaan undi diperolehi BN cuma (9.32%).Mengikut kaji penduduk “demografi” pecahan kaum, majoriti masyarakat di sini adalah Melayu (53.9%), Cina (20.41%), India (17.6%) manakala bakinya (8.9 %) adalah lain-lain kaum (orang asal). Melihat kepada perkembangan semasa dan mood pengundi masakini, rata-rata berpendapat peluang PAS untuk memenangi DUN Lintang pada PRU 13 sangat cerah.

Pakatan Rakyat menamakan Ir. Haji
Ahmad Mazlan Othman dari PAS sebagai calun yang sungguh berwibawa, mesra rakyat
dan amat mengambil berat permasaalahan masyarakat. Beliau adalah seorang
Jurutera Perunding Profesional yang berpengalaman luas dalam berbagai-bagai
bidang. Selain itu beliau juga mempunyai latar belakang agama yang baik.
Pemilihan Ir. Haji Ahmad Mazlan Othman yang sinonim dengan panggilan Yop Lan merupakan anak tempatan tinggal di Kampung Talang Tengah Simpang Trosor Sungai Siput dekat sini.Isteri beliau juga merupakan anak jati FELDA Lasah .Ini diibaratkan masyarakat di sini sebagai 'sireh pulang ke gagang' untuk menabur bakti di kampung halaman sendiri, pernah berkhidmat dengan Jabatan Kerjaraya Kuala Kangsar dan Kementerian Pertahanan Kuala Lumpur selama 12 tahun disekitar tahun 1992 dan sekarang menceburi bidang perniagaan dan mempunyai “Firma Pembinaan”, syarikat IT” dan “Perusahaan Kubah” di Kuala Lumpur dan Ipoh.
PAS Kawasan Sungai Siput menerima baik keputusan yang telah dibuat PAS Pusat malah menyifatkan pemilihan Ir. Hj. Ahmad Mazlan Othman sebagai tepat dalam usaha Pakatan Rakyat mahu menawan semula Negeri Perak yang telah dirampas UMNO/BN secara tidak sah. Sekiranya kemenangan memihak kepada Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kali ini, bermakna satu kerusi DUN tambahan dapat disumbangkan bagi Negeri Perak.
Ir. Haji Ahmad Mazlan Othman bukan sahaja merupakan calon untuk DUN Lintang, malah beliau berpotensi besar untuk diketengahkan keperingkat Negeri..
Beliau sangat disegani oleh pimpinan PAS Kawasan Sungai Siput dan masyarakat di sini malah ianya menjadi idola kepada anak-anak muda. Pada masa yang sama beliau telah berjaya memikat hati anak-anak muda dimana “TEAM YOP LAN” dan pasukan bolasepak “LINTANG UNITED”telah dibentuk oleh beliau sendiri. Beliau juga berhasrat menjadikan pasukan bolasepak “Lintang United” sebuah pasukan yang disegani dirantau ini. Sebagai bukti baru-baru ini pasukan “Lintang United” telah berjaya menjadi juara menewaskan MIC Sungai Siput 2-0 dalam pertandingan bolasepak kalah mati dianjurkan Persatuan Anak Jawang dekat sini.

Rakyat harus sedar, dalam arus pembangunan masakini pemimpin yang berjiwa besar,berwawasan dan berkelulusan tinggi seperti beliau sudah pasti dapat menyumbang dan membuat perubahan di DUN Lintang sekiranya terpilih. Mengikut rekod masa lampau, belum pernah ada wakil rakyat yang mewakili DUN Lintang setaraf dengannya. Pilihlah calun wakil rakyat yang benar-benar dapat membantu rakyat dan berlaku adil kepada semua rakyat tanpa mengira kaum dan fahaman yang berbeza. Bawalah angin perubahan di DUN Lintang, ini kalilah peluang yang terbaik bagi kita lakukan perubahan.
Monday, 1 April 2013
IJTIMA' KHAS PILIHANRAYA MTD LINTANG
SUNGAI SIPUT : Jentera Pilihanraya Pas Kawasan Sungai Siput (MTD Lintang) menganjurkan Ijtima' Khas Pilihanraya bertempat di Chalet "Cinta Alam", Kampung Kelimat Jalan FELDA Lasah dekat sini semalam.Semua portfolio jentera pilihanraya disetiap unit-unit peti undi dalam DUN Lintang terlibat dengan program ini.Menurut Pengarah Pilihanraya MTD Lintang Ahmad Fuad Abd Ghani, Ijtima' ini memang dirancang disaat akhir menjelang pilihanraya ke-13 bagi membolehkan semua anggota yang terlibat menterjemahkan ilmu pilihanraya yang mereka pelajari dalam bentuk gerak kerja hingga kehari mengundi.
Ijtima' dirasmikan oleh AF Ustaz Jamaluddin Ahmad selaku Yang Dipertua PAS Kawasan
Padang Rengas. Intipati ucapan beliau antara lain menyeru agar setiap anggota misti mempunyai semangat juang yang tinggi dan melakukan anjakan paradigma dalam melaksanakan kerja. Semua petugas-petugas pilihanraya, ahli dan penyokong Pakatan Rakyat perlu bekerja keras bagi memastikan kemenangan di DUN Lintang khasnya dalam pilihanraya menjelang tiba. Tindakan melambat-lambatkan pengumuman tarikh pembubaran parlimen oleh Perdana Menteri sebenarnya memberi kelebihan kepada kita untuk terus bekerja.
Dalam perkembangan yang sama, Ir. Hj. Ahmad Mazlan Othman calun Pakatan Rakyat DUN Lintang dalam ucapannya mahukan semua peserta dan petugas-petugas disetiap portfolio pilihanraya mengadaptasikan apa yang dipelajari dalam program yang akan dianjurkan pada 06 dan 07 April, 2013 ini iaitu "Kembara bermotosikal anak-anak muda ke Kuala Mu". Semua ketua-ketua portfolio berkenaan terlibat dengan jawatankuasa induk program yang dianjurkan nanti. Dengan cara ini kita dapat melatih semua anggota portfolio masing-masing menjalankan tugas dengan berkesan. Selain itu, beliau turut mengumumkan pembentukan "TEAM YOP LAN" dan "SUKARELAWAN PILIHANRAYA". Semua ahli dan penyokong adalah dipelawa menyertai pasukan yang ditubuhkan. Keterangan lanjut boleh hubungi talian 010-8420052 (Yop Lan) atau 019-4288641(Mohtar).

Subscribe to:
Posts (Atom)