NACKVISION COM

Wednesday 27 March 2013

JELAJAH TRELER NEGARA BERKEBAJIKAN KE R&R SALAK, SG. SIPUT



SUNGAI SIPUT : Jelajah Treler Negara Berkebajikan yang bertandang ke negeri Perak sejak 26 Mac, 2013 lalu singgah di Perhentian Rawat dan Rehat (R&R) Salak, Sungai Siput jam 5.00 petang hingga 7.00 malam hari ini. Pelbagai acara yang telah disediakan antara lain ialah program persembahan nasyid “Jaya Setia Jalong”,dipimpin oleh Puan Aziah Awang, semakan daftar pemilih terkini, penyampaian sumbangan pelajar cemerlang SPM 2012 dan minum petang secara santai.
Pelajar cemerlang menuntut di Sekolah Menengah Izudin Ipoh adik Mohamad Naquiddin Yusof dari Taman Desa Kledang, Sungai Siput muncul sebagai pelajar cemerlang mendapat 11A1 dan 1A. Seramai 15 pelajar cemerlang yang lain turut menerima sumbangan berupa wang tunai.
Treler Negara Berkebajikan yang bertukar menjadi sebuah pentas dimeriahkan lagi dengan 2 personaliti terkenal iaitu Bob Lokman dan Pak Jabit yang mengacarakan persembahan dan ucapan di situ.

Calun Pakatan Rakyat DUN Lintang Ir. Hj Ahmad Mazlan Othman , pimpinan PAS Kawasan, pimpinan DHPP Sungai Siput ,YB Dr. Jeyakumar dan pimpinan Pakatan Rakyat yang lain turut sama hadir memberi sokongan moral. Orang ramai yang berkunjung bagaikan terpukau mendengar ucapan ringkas personaliti terkenal Bob Lokman dan Pak Jabit.

Orang ramai yang berkunjung tidak melepaskan peluang bergambar kenangan bersama Bob Lokman dan Pak Jabit, ada diantara mereka sempat bergambar di atas treler Negara Berkebajikan. Pada sebelah malam, treler akan berkunjung ke Bukit Chandan Kuala Kangsar bagi membolehkan penduduk di kawasan Kuala Kangsar melihat dengan lebih dekat .

Tuesday 26 March 2013

LAWATAN YOP LAN KE PERKAMPUNGAN ORANG ASAL

SUNGAI SIPUT : Rombongan Ir. Hj Ahmad Mazlan Othman (Yop Lan) calun Pakatan Rakyat DUN Lintang diiringi Ahmad Puat Abd Ghani dan rakan-rakan menaiki dua buah pacuan empat roda berlepas ke penempatan orang asal Kuala Mu jam 9.00 pagi tadi bagi meninjau secara dekat dan menyantuni masyarakat orang asal disepanjang perjalanan merentasi Kampung Baung,Perjek, Pos Legap dan terus ke Kuala Mu 35 kilometer dari Lasah dekat sini.

Rombongan kami sempat singgah di Perjek dimana sebuah jambantan gantung yang dibina dua tahun lalu atas sumbangan ehsan YB Dr
Jeyakumar, Ir. Hj Ahmad Mazlan dan orang ramai yang perihatin perlu diselenggara dan dibaik pulih lantai jambatan berkenaan bagi mengelakkan kemalangan diluar jangka.Menurut Yop Lan, apa yang beliau lakukan semuanya kerana Allah dan amat bersimpati dengan keadaan kehidupan mereka yang serba kekurangan. Mereka juga  adalah rakyat dan berhak menikmati hidup selesa seperti rakyat lain .

Perlu diingat bahawa kita bukanlah pemerintah seperti UMNO/BN, mempunyai peruntukan kewangan yang boleh disalurkan untuk pembangunan rakyat. Rata-rata rakyat di kawasan parlimen Sungai Siput tahu bahawa kerajaan memerintah Barisan Nasional telah menganiayai mereka di kawasan ini dimana kerajaan telah menafikan peruntukan kepada Ahli Parlimen   yang dikuasai pembangkang. Sepatutnya peruntukan pembangunan disalurkan secara adil tidak kira samada dari parti memerintah atau pembangkang kerana ini adalah hak rakyat.  Ini adalah kali ketiga Yop Lan melawat kawasan berkenaan dalam tempuh terdekat.

Monday 25 March 2013

PERUNTUKAN RM 1 JUTA SETIAP KAWASAN PARLIMEN DINAFIKAN OLEH KERAJAAN BN




SUNGAI SIPUT :Kerajaan BN diterajui Perdana Menteri Najib telah menafikan pembahagian peruntukan 1 juta untuk kawasan Parlimen Sg Siput  yang diwakili  pembangkang, sedangkan pembahagian peruntukan diwakili UMNO dan lain-lain parti dibawah BN diberikan peruntukan tersebut.


Ini menunjukkan betapa rakus dan sombongnya kerajaan BN diterajui Najib. Secara jelas BN menafikan HAK RAKYAT dikawasan Sungai Siput khasnya mengecapi pembangunan melalui peruntukan tersebut. 


Buat pertama kali dalam sejarah demokrasi berparlimen di Malaysia, YB.Dr. Jeyakumar Ahli Parlimen Sungai Siput, telah menyaman kerajaan Malaysia pada 29.10.2010 kerana gagal memberikan peruntukan pembangunan untuk kawasan Parlimen Sungai Siput sebanyak RM 1 juta sepertimana yang diperuntukan dalam bajet.

Adalah diharapkan bahawa saman ini akan membongkar isu peruntukan ini kepada rakyat khasnya di kawasan Parlimen Sungai Siput dan dapat mengenalpasti ke manakah perginya peruntukan sebanyak itu yang sepatutnya diberikan untuk pembangunan rakyat.

Rakyat harus sedar dan mengambil iktibar dari apa yang berlaku dalam kes ini. Kerajaan pusat yang diperintah oleh BN telah secara sengaja mengabaikan tanggungjawab menyalurkan peruntukan pembangunan ini kepada Ahli Parlimen secara terpilih. Ini secara langsung telah MENAFIKAN HAK KITA SEBAGAI RAKYAT khasnya dikawasan Parlimen Sungai Siput .


Jangan dibiarkan kerakusan dan kezaliman kerajaan BN ini berterusan. Mereka boleh buat apa yang mereka suka walaupun peruntukan tersebut telah diperuntukan dalam bajet. Kita misti menolak BN dalam pilihanraya ke-13 yang hampir tiba jika kita mahu keadilan dan hak kita diberi secara adil.


Ini kah slogan yang  dilaung-laungkan oleh pemimpin BN siang dan malam melalui media arus perdana “RAKYAT DIDAHULUKAN DAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”. Sekarang cuba kita lihat dan fikirkan bersama adakah slogan ini dilaksanakan atau diketepikan? Kita tidak mudah dimomokkan dan diperbodohkan begitu sahaja dengan slogan itu dan ini tetapi pelaksanaan dan janji tidak ditunaikan.


Kerajaan BN ini ibarat menanam tebu dibibir, habis manis sepah dibuang, lebih tepat lagi jika diamati tindakan mereka banyak menjurus kepada “TEPAT DILUAR RENCONG DIDALAM”. Hampir menjelang pilihanraya mereka menabur janji, selesai pilihanraya mereka menyepi. Janji tinggal janji, lima tahun akan datang muncul kembali. 

Sebenarnya rakyat mempunyai kuasa dan hak menentukan siapa yang harus kita pilih. Gunakan hak anda sebaik mungkin, kita tidak mahu pisang berbuah dua kali. Rakyat perlu sedar bahawa pengundi dikawasan Sungai Siput khasnya telah dihina oleh Kerajaan BN secara jelas.


Sunday 24 March 2013

YOP LAN MENERIMA UNDANGAN MENYEMBELIH KAMBING

SUNGAI SIPUT : Calun Pakatan Rakyat DUN Lintang, Ir. Hj. Ahmad Mazlan Othman (Yop Lan) tidak menghampakan hajat Hj. Abd Hamid bin Manaf di Kampung Kandang Hilir, Kuala Kangsar dekat sini bagi menyempurnakan sembelihan Aqiqah saekor kambing sempena kenduri menyambut menantunya . Menurut Yop Lan, beliau memang biasa dengan kerja penyembelihan seperti ini sejak usia remaja lagi.

Dalam perkembangan lain, walau pun sibuk dengan program  dihujung minggu, tengahari tadi Yop Lan berkesempatan menerima undangan kenduri Mohd Mohaideen @ Abd Majid bin Shariff Kampung Loh dekat sini. 

Pada sebelah petang selepas solat asar beliau mendapat berita kematian Allahyarhamah Bibah bt. Hj. Derani 86 di Kampung Talang Trosor dan terus menziarahi keluarga beliau.  Jenazah Allahyarhamah dikebumikan ditanah perkuburan Kampung Trosor petang tadi.  

Friday 22 March 2013

KEMBARA ANAK MUDA BERMOTOSIKAL KE KUALA MU BERSAMA YOP LAN

SUNGAI SIPUT : Calun Pakatan Rakyat DUN Lintang Ir. Hj Ahmad Mazlan Othman (Yop Lan) akan menyertai program " Kembara bermotosikal anak-anak muda ke Kuala Mu" dijadualkan pada 06 & 07 April, 2013 (Sabtu &Ahad) yang akan datang. Peserta-peserta akan berlepas dari Dataran Yop Lan Simpang Trosor jam 8.00 pagi 06 April,2013, bermalam disana dan kembali ke Sungai Siput pada keesokan harinya.

Kuala Mu adalah sebuah perkampungan orang asal dibawah DUN Lintang 35 kilometer dari Bandar Sungai Siput. Sasaran utama ialah anak-anak muda yang tinggal di Unit-Unit Peti Undi dalam DUN Lintang. Peserta-peserta akan diraikan dalam satu majlis santai di Kuala Mu.

Semua anak-anak muda yang berminat bolehlah menghubungi Urusetia Program ditalian berikut ;

Yop Lan :010-8420052 / Mohtar :019-4288641 / Karim : 017-5850805 untuk menempah tempat dan pertanyaan. Risalah dan borang penyertaan sudah dibekalkan kepada Ketua Unit-Unit Peti Undi DUN Lintang atau menghubungi terus Urusetia. Penyertaan adalah terhad kepada 50 orang sahaja mengikut keutamaan siapa yang membuat tempahan awal. Adalah diharapkan setiap UPU dapat menghantar wakil masing-masing sekurang-kurangnya 5 peserta.

Thursday 21 March 2013

RAKYAT DIPINGGIRKAN KRONI DIUTAMAKAN


SUNGAI SIPUT : Negara  telah mencapai kemerdekaan melepasi 55 tahun dibawah pemerintahan kerajaan UMNO/BN, namun dikampung-kampung kemudahan  asas masih belum dapat dinikmati oleh rata-rata rakyat. Kampung Loh adalah sebuah kampung terletak 2 kilometer dipinggir Pekan Karai dekat sini  telah diabaikan oleh pihak berwajib dari mengecapi arus pembangunan dimana sesudah matahari terbenam pada waktu malam suasana dikampung pendalaman gelap gelita .

Struktur jalan di Kampung Loh ada tiga peringkat iaitu jalan besar, jalan tengah dan jalan bawah. Pembangunan dan kemudahan asas lampu jalan banyak diberi tumpuan kepada jalan besar sahaja. Lampu berderetan dari jarak yang amat dekat antara satu sama lain. Taburan rumah dan penduduk ramai disebelah jalan tengah dan jalan bawah (gambar sebelah tiada lampu jalan).


Lampu jalan adalah menjadi kemudah asas yang amat perlu kepada penduduk dipersekitaran memandangkan sebilangan besar pelajar-pelajar dan orang  ramai terpaksa melalui jalan bawah dan jalan tengah sebelum sampai kejalan besar untuk kesekolah dalam keadaan gelap gelita dan amat berbahaya kepada keselamatan mereka. Malah bagi penduduk dipersekitaran juga terpaksa mengharungi keadaan yang sama untuk urusan peribadi sebelum sampai ke lokasi yang dituju.

Sudah 8 orang ketua kampung bertukar tangan sejak negara mencapai kemerdekaan namun tiada sebarang tindakan diambil. Ketua Kampung Loh Hasanal Basri bin Manas ketika dihubungi memberikan jawapan yang amat negetif   . Pada masa yang sama sebuah lampu jalan telah dipasang dihadapan rumah saudara beliau walaupun sebuah rumah sahaja berada disitu(gambar bawah). Selain dari itu, lampu jalan juga dipasang dilaluan kerumah beliau dan jiran terdekat (gambar atas).

Slogan yang dilaung-laungkan oleh pihak kerajaan “rakyat didahulukan pencapaian diutamakan” hanya omong-omong kosong . Apa yang berlaku ialah “kroni diutamakan, rakyat diketepikan”. Tiga belas (13) lokasi yang memerlukan lampu jalan telah dikenalpasti.

Dalam perkembangan yang sama, penduduk dikawasan terlibat telah mengemukan permohonan kepada Pegawai Daerah Kuala Kangsar pada 26 Ogos, 2010 dan diakui terima pada 28 Oktober, 2010, hingga kehari ini tidak menerima sebarang jawapan dan tindakan.

Admin

Wednesday 20 March 2013

KHABAR ANGIN PARLIMEN BUBAR HARI INI TAK BENAR

PUTRAJAYA : Pejabat Perdana Menteri hari ini menafikan bahawa perdana menteri Datuk Seri Najib Razak membubarkan Parlimen hari ini.

“Khabar angin yang menyatakan Parlimen akan dibubarkan hari ini, oleh Perdana Menteri (Datuk Seri) Najib Razak) tidak benar sama sekali,” kenyataan pejabat berkenaan dipetik.
Kenyataan itu disiarkan di Twitter pada kira-kira jam 1 petang, selepas khabar angin berkenaan tersebar luas melalui SMS dan juga di laman sosial.

Wartawan Malaysiakini juga dihujani pertanyaan daripada pembaca yang ingin mendapat pengesahan mengenai khabar angin berhubung pembubaran parlimen itu.
Ramai pihak menjangkakan Parlimen akan dibubarkan hari ini, selepas Najib membentangkan kad laporannya berhubung Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dalam siaran langsung di kaca TV pada malam tadi.

(Tetapi) Bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi (pernah) pada 12 Februari 2008 menafikan akan membubarkan parlimen.
Beliau bagaimanapun secara rasminya mengumumkan parlimen dibubarkan pada tengahari, keesokan harinya.

Tuesday 19 March 2013

PULUHAN RIBU RISALAH FITNAH SEDIA DIEDAR DI PERAK


IPOH :Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Perak hari ini mendedahkan agenda jahat pihak tertentu dalam menghadapi PRU13 yang akan diadakan pada bila-bila masa.

Koordinatornya, Salman Saleh berkata, pihaknya mendapat banyak maklumat tentang kontena diseluruh negeri Perak yang membawa risalah berbaur fitnah.

Menurutnya, puluhan ribu risalah fitnah itu sudah siap dicetak dan dipercayai akan diedarkan kepada masyarakat pada pilihanraya nanti setelah mendapat arahan.

Katanya, risalah fitnah dalam bentuk buku kecil bertajuk “Drama Pecah Panggung; Box Office” itu ternyata merbahaya kerana ianya terkandung pelbagai fitnah yang bersifat perkauman dan penipuan.

Jelas Salman, risalah tersebut dianggap haram kerana tidak mempunyai terbitan daripada mana-mana pihak.

“Kami mengesyaki risalah tersebut dikeluarkan oleh pihak pro Umno-BN kerana ianya diedarkan bersama satu risalah berbentuk buku bertajuk ‘Mengorak Negara Ke Hadapan” yang tertera dibelakang buku itu cetakan oleh Ibu Pejabat Barisan Nasional,” katanya dalam satu sidang media di Pejabat PAS Perak, dekat sini hari ini.

Hadir sama ialah ahli jawatankuasanya, Salman Saleh, Hafez Sabri dan Safarizal Saleh.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Setiausaha Jabatan Pilihanraya PAS Perak mendesak Kementerian Dalam Negeri dan pihak Polis merampas risalah haram itu kerana ianya bercanggah dengan undang-undang negara.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga katanya turut harus mengambil tindakan sewajarnya agar risalah tersebut tidak diedarkan dalam pilihanraya nanti.

“Kami desak pihak bertanggungjawab mengambil tindakan sewajarnya kerana cara kotor serta jijik ini menyalahi undang-undang dan akan memecah belahkan masyarakat di Negara ini,” tegasnya lagi.

PENYOKONG SAJA TAK CUKUP, JADI AHLI PAS -DATO DR HARON DIN



Di sebalik keghairahan ramai orang yang berminat untuk menyertai PAS, Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din sendiri menunjukkan teladan yang baik apabila beliau sendiri memastikan kaum keluarganya juga mendaftar sebagai ahli PAS.
 Dalam ucapan beliau pada satu majlis di Dun Guar Sanji kelmarin, beliau memberitahu turut mengadakan satu gerakan untuk memastikan seluruh ahli keluarganya mendaftar sebagai ahli PAS.
 
Katanya, beliau sendiri mempunyai keluarga yang besar yang terdiri daripada 10 beradik dan setiap ahli keluarganya seramai 256 orang yang telah cukup umur telah didaftarkan sebagai ahli PAS.

"Saya buat satu gerakan supaya seluruh keluarga saya mendaftar sebagai ahli PAS. Keluarga saya besar, daripada 10 beradik dan seluruh anak, cucu, cicit dan menantu kami semuanya ada seramai 256 orang. Semuanya yang cukup umur dan bila kita semak semuanya adalah penyokokong PAS belaka.

"Mungkin sebelum ini kita terlepas pandang, ada yang belum menjadi ahli dan sekadar penyokong PAS sahaja. Setakat penyokong saja tak cukup, kena jadi ahli. Jadi semuanya 100 peratus sudah didaftarkan sebagai ahli PAS dan sudah diserahkan borangnya ke pejabat agung," jelasnya.

TUJUH DOSA BESAR : TG NIK AZIZ BIDAS KENYATAAN NAJIB

SHAH ALAM - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membidas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mendakwa pentadbiran Pakatan Rakyat (PR) di Kelantan melakukan tujuh dosa besar ke atas rakyat negeri itu dan umat Islam.

Menurutnya, kenyataan Najib itu tidak benar dan cuba mengaburi rakyat Malaysia dengan menyembunyikan fakta sebenar tentang pentadbiran PR di Kelantan.

Islam, dalam kebangsaan tiada sebutan dosa pahala. Bila kebangsaan menyebut dosa pahala, maknanya mereka mahu meniru dan mengaburi. Ini cara menipu rakyat Malaysia.

“Persaingan perlu dibuka, dalam politik pun kena ada saingan tapi kenapa persaingan itu tutup,” katanya ketika sidang media selepas merasmikan Ekspo Kelantan 2013 di pekarangan Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, di sini malam tadi.

Terdahulu dalam ucapannya, Nik Aziz berkata, pencapaian terkini di Kelantan membuktikan negeri tersebut mampu membangun bersama Islam.

“Kita harus kembangkan Islam dalam semua bidang. Bila sebut pasal Islam, ia bukan hanya pada solat dan puasa tetapi merangkumi pelbagai bidang termasuk ekonomi, sosial dan politik. Justeru itu, rakyat wajib pilih kerajaan yang mahu menggerakkan Islam, bukan kerajaan yang mengasingkan agama daripada politik,” jelasnya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai isu terbaru gambar kontroversi mirip Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau berkata, tindakan itu adalah tidak wajar kerana cuba mengaibkan Anwar tanpa bukti sahih.

“Mereka belum puas ‘cincang’ Anwar. Kita orang politik ini sepatutnya kena lawan hujah bukan peribadi,” katanya.

Dalam pada itu, Ekspo Kelantan 2013 yang berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat lalu anjuran Kerajaan Negeri Kelantan bertujuan membawa pelbagai maklumat berkenaan pembangunan negeri itu untuk informasi rakyatnya yang berada di luar Kelantan.

Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang program berlangsung, antaranya pertunjukan gasing terbang, demonstrasi kapal terbang kawalan jauh dan persembahan dikir barat

Monday 18 March 2013

MINUM PETANG BERSAMA HJ. MOHAMAD SABU


SUNGAI SIPUT : Kehadiran Ybhg. Tn Haji Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS ke Kampung Maamor, Jalan FELDA Lasah dekat sini mendapat sambutan diluar dugaan. Ketibaan beliau dan rombongan tepat jam 5.00 petang disambut oleh Ir. Hj. Ahmad Mazlan Othman, calun Pakatan Rakyat DUN Lintang, diiringi berpuloh-puloh deretan kereta dan motosikal dari Simpang Trosor ketapak program sejauh 5 kilometer.

Haji Mohamad Sabu dalam ucapan ringkasnya membidas pihak kerajaan BN dalam beberapa isu keselamatan negara dan tindakan diluar batasan  serta provokasi yang dilakukan oleh penyokong UMNO/BN sejak akhir-akhir ini bagi menganggu ceramah Pakatan Rakyat dengan membaling batu dan objek lain kearah orang ramai.Tindakan yang tidak bertamadun ini patut dihentikan segera bagi mengelakkan orang ramai hilang sabar dengan gelagat penyokong UMNO/BN.

Pegawai kerajaan dan anggota polis hendaklah menunjukkan sikap profesional tidak menyebelahi mana-mana pihak dalam menjalankan tugas dan berintergriti tinggi. Sebagai contoh yang amat ketara dimana beliau merujuk kepada pendakwaan YB.Tian Chua baru-baru ini. Beliau tidak menghalang pihak kerajaan untuk mendakwa YB Tian Chua kemuka pengadilan tetapi apa yang dipertikaikan ialah pergerakan beliau sentiasa diganggu oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
Pihak kerajaan tidak berlaku adil dalam menangani beberapa isu antara lain contoh ialah tindakan Ibrahim Ali membakar bible tidak didakwa tetapi jika sekiranya perkara seumpama itu berlaku kepada penyokong Pakatan Rakyat dengan serta merta diambil tindakan.
Menurutnya PAS telah kalah pilihanraya sudah 12 kali tetapi tidak hairan dengan kekalahan dan terus berjuang hingga kehari ini. Kami tidak pernah memberontak dan menwujudkan suasana huru hara walaupun kalah. UMNO/BN dilihat begitu gelisah sejak akhir-akhir ini melihatkan rakyat sudah tidak lagi menyokong mereka walaupun diumpan dengan berbagai-bagai janji. Sebenarnya UMNO/BN takut kehilangan kuasa memerintah. Rakyat hari ini sudah cerdik dan bermaklumat walaupun berada diceruk rantau dipendalaman negara. Dahulu betul “anak kecil bermain api” tetapi sekarang telah banyak berubah “anak kecil bermain internet” sambil bergurau. 
UMNO/BN sudah tidak lagi mempunyai modal untuk berkempen, hanya satu sahaja senjata yang ada iaitu mengapi-apikan semangat perkauman. Kaum-kaum Cina dan India sejak mutakhir ini sudah tidak lagi takut dengan berbagai ugutan sentiment perkauman, mereka telah matang dan tetap bersama Pakatan Rakyat untuk menumbangkan UMNO/BN dalam pilihanraya ke-13 nanti.
Dalam masa yang sama,golongan muda dan pertengahan juga lebih yakin dengan perjuangan Pakatan Rakyat, ini terbukti jelas dengan penyerahan borang menjadi ahli PAS seramai 52 orang . Dalam majlis yang sama,Tuan Haji Zakaria bin Ismail telah diberi penghormatan menyerahkan borang berkenaan kepada Hj. Mohamad Sabu selaku Timbalan Presiden PAS Pusat .
Admin.

BULETIN DUN LINTANG SIRI KE-06

Saturday 16 March 2013

BULETIN DUN LINTANG KELUARAN KE-05

TERJAH DUN LINTANG DAN PARLIMEN SG. SIPUT


SUNGAI SIPUT : Program menyantuni masyarakat tidak kira dibandar atau didesa yang telah diatur bagi calun Pakatan Rakyat DUN Lintang Ir. Haji Ahmad Mazlan Othman (Yop Lan) dengan gandingan mantap YB Dr. Jeyakumar berjalan mengikut jadual hari ini. Tujoh buah kampung antaranya Kampung Trosor, Suak Ponggor Jawang, Salak Utara, Salak Baru termasuk Pekan Karai, Pekan Lintang dan Pekan Lasah dekat sini telah dikunjungi kedua-dua calun diiringi Pengarah Pilihanraya MTD Lintang Ahmad Puat Abd Ghani dan petugas-petugas Jentera pilihanraya parti komponen Pakatan Rakyat.


Tinjauan kami rata-rata masyarakat berbilang kaum yang ditemui mahukan perubahan di DUN Lintang khasnya dan mengekalkan YB Dr. Jeyakumar sebagai Ahli Parlimen Sungai Siput dalam pilihanraya yang mungkin berlaku dalam masa terdekat.Lawatan seperti ini adalah merupakan siri lawatan secara bergabung buat kali keempat sejak beberapa bulan lalu.

Program serampang dua mata ini bertujuan  mendampingi masyarakat secara dekat ,disamping mengedarkan  buletin dan risalah berkala Pakatan Rakyat bagi membolehkan masyarakat mendapat maklumat perkembangan semasa dalam negara.


Friday 15 March 2013

INIKAH SLOGAN "JANJI DITEPATI" KERAJAAN BN

DIKELANTAN BAGAIMANA PULA ADAKAH KERAJAAN BN TELAH MENUNAIKAN JANJI YANG DIBUAT SELAMA INI ?

MUHYIDDIN DAKWA KERAJAAN PR SELANGOR TIDAK TUNAI JANJI


SEDUTAN UCAPAN MUHYIDDIN YASIN TPM -HARAKAHDAILY 13 MAC,2013 

Tan Sri Muhyiddin Yasin TPM berkata kerajaan Selangor yang diterajui pakatan pembangkang telah menimbulkan pelbagai masalah kepada rakyat negeri ini dengan pelbagai janji manifesto yang tidak ditunaikan yang sehingga kini tidak dijawab oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Kita tak nak mengulang banyak cerita yang sudah berlaku di sini... saya bukan orang Selangor, tetapi saya tahu apa yang berlaku di negeri Selangor ini...Rakyat Selangor sudah pun marah dengan kerajaan (negeri yang diterajui pembangkang).
        
( CUBA KITA NILAI SAMADA DAKWAAN ITU BETUL ATAU SEBALIKNYA - LIHAT DIBAWAH APA YANG KERAJAAAN PAKATAN RAKYAT SELANGOR TELAH LAKUKAN)


Thursday 14 March 2013

MINUM PETANG BERSAMA HJ. MOHAMAD SABU


JELAJAH TRELER NEGARA BERKEBAJIKAN


MUHYIDDIN DAKWA PR RANCANG GAGALKAN PRU KE-13 WUJUDKAN PORAK PERANDA





Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa hari ini bahawa daripada maklumat beberapa dokumen yang boleh dipercayai, pembangkang dipercayai merancang untuk menggagalkan pilihan raya umum ke-13 dengan mewujudkan keadaan porak peranda kerana gementar dengan sokongan rakyat kepada BN yang sudah mula meningkat. 
INI KERJA SIAPA ,UMNO/BN ATAU PAKATAN RAKYAT ???

 

 

PORAK-PERANDA: MUHYIDDIN DICABAR DEDAH DOKUMEN

Harakahdaily, 14 Mac 2013
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendesak Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengambil tindakan terhadap Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana melemparkan fitnah terhadap Pakatan Rakyat (PR) dengan tuduhan PR berusaha menggagalkan Pilihanraya Umum ke-13 dengan mewujudkan keadaan porak peranda.

“DPPM menganggap tuduhan TPM terlalu berat dan fitnah serta berunsur hasutan bagi menimbulkan ketegangan serta kegelisahan dalam masyarakat,” kata Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor dalam kenyataan kepada Harakahdaily.    (GAMBAR DI BAWAH .....INI KERJA SIAPA ???).

UNTUK KRONI BOLEH, UNTUK RAKYAT BANKRAP

SUNGAI SIPUT: Pemimpin UMNO/BN sanggup berkorban berbilion ringgit untuk menyelamatkan kroni mereka tetapi di masa yang sama memperkecilkan cadangan Pakatan Rakyat untuk mengurangkan beban yang ditanggung rakyat sebagaimana yang digariskan dalam manifesto Pakatan Rakyat dibentangkan baru-baru ini.

Kerajaan BN sanggup melangsaikan hutang bekas Pengarah Urusan Perwaja Steel, mendiang Eric Chia dan bekas Pengerusi Penerbangan Malaysia, Tan Sri Tajudin Ramli yang berjumlah berbilion ringgit, namun keberatan untuk membelanjakan wang negara untuk kebajikan rakyat.

Pemimpin UMNO/BN berpendirian bahawa negara akan bangkrap jika cadangan Pakatan Rakyat untuk menurunkan harga minyak dan kereta, memberikan pendidikan percuma, menghapuskan tol dan lain-lain jika dilaksanakan.Pakatan Rakyat bukanlah menentang kekayaan orang Melayu, yang ditentang adalah pembolotan kekayaan dan budaya kronism yang diamalkan untuk pemberian projek.

UMNO/BN beranggapan mereka sahaja yang layak memerintah Malaysia dan apa yang mereka laksanakan semuanya betul belaka dan mendapat sokongan juak-juak UMNO yang berada dibawah. Pada masa yang sama mereka memperlekehkan apa yang dicadangkan oleh Pakatan Rakyat walaupun betul dan memberi manafaat kepada rakyat.Ada sesetengah cadangan pada mulanya ditentang oleh mereka tetapi akhirnya mereka kitar semula idea berkenaan untuk dilaksanakan.  

Apakah mereka tidak nampak prestasi cemerlang negeri-negeri yang diperintah Pakatan Rakyat seperti Selangor, Kelantan, Pulau Pinang dan Kedah. Keempat negeri ini telah menunjukkan prestasi cemerlang dan mendapat pujian dari Ketua Audit Negara dalam laporannya pada tahun lalu.

-Pengarang.

Tuesday 12 March 2013

BERKORBAN APA SAJA ASALKAN RAKYAT HIDUP SELESA


SUNGAI SIPUT : Ahli Parlimen Sungai Siput YB Dr. Jeyakumar diiringi Ir. Hj. Mazlan Othman (Calun Pakatan Rakyat DUN Lintang) mengadakan siri lawatan mengejut ke rumah keluarga India di Kampung Belakang Sekolah Shing Chung dekat sini untuk meninjau dengan lebih dekat keadaan kehidupan rakyat dikawasan berkenaan.

Semasa lawatan kesebuah rumah keluarga India dikawasan berkenaan,didapai salah sebuah rumah terlalu dhaif dimana atapnya  reput dan bocor. Menurut keluarga berkenaan, mereka tidak mampu untuk menganti atap kerana kos yang terlalu tinggi sedangkan pendapatan mereka tidak seberapa. Pada masa yang sama beliau juga perlu menanggung perbelanjaan tiga orang anak yang masih bersekolah.

Walaupun Ahli Parlimen Sungai Siput telah dinafikan peruntukan pembangunan oleh kerajaan BN yang memerintah, namun begitu atas dasar tanggungjawab kepada rakyat, YB Dr. Jeyakumar , Ir. Hj.Ahmad Mazlan Othman dan orang persaorangan yang bermurah hati bertekad untuk menghulurkan bantuan kepada keluarga berkenaan.

Sikap perihatin yang ditunjukkan oleh pemimpin seperti ini perlu dicontohi oleh Wakil Rakyat dari UMNO/BN , berkorban apa saja untuk melihat rakyat hidup selesa tanpa mengira bangsa dan fahaman politik yang berbeza. Janganlah asyik melaungkan slogan " Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan"tetapi tidak diadaptasikan dalam bentuk tindakan.         

Monday 11 March 2013

YOP LAN DIBERI PENGHORMATAN MERASMIKAN MESYUARAT AGUNG KHAIRAT KEMATIAN

SUNGAI SIPUT : Khairat Kematian Kampung Pulau Mentimun, Talang & Trosor telah mengadakan Mesyuarat Agung kali ke-41 hari ini bertempat di Dewan Abdul Malik, Trosor dekat sini.  Ir. Haji Ahmad Mazlan Othman (Yop Lan) telah dijemput dan diberi penghormatan merasmikan Mesyuarat Agung berkenaan. Difahamkan, ini adalah kali ketiga beliau dijemput merasmikan Mesyuarat Agung yang sama. Pada tahun lepas Dato' Dzulkifli bin Hj. Haron selaku Ketua UMNO Bahagian Sungai Siput merasmikan mesyuarat berkenaan.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada Encik Mahalil bin Ishak selaku Pengerusi Khairat Kematian dan Ahli Jawatankuasa yang telah memutuskan menjemput beliau merasmikan mesyuarat agung kali ini.Walaupun beliau dan Encik Mahalil Ishak mempunyai fikrah politik yang berbeza, namun itu tidak menjadi halangan demi kebaikan masyarakat.

Antara lain intipati ucapan beliau, banyak menyentuh mengenai berbuat kebajikan untuk mendapat rahmat dan barakah dari Allah.Beliau merujuk kepada Firman Allah yang bermaksud " hendaklah kamu bertolong-tolong dalam berbuat kebajikan dan taqwa ,janganlah kamu bertolong-tolong dalam melakukan maksiat". Sebagai contoh, berada dalam majlis mesyuarat kali ini juga dikira sebagai berbuat kebajikan dan diberi ganjaran pahala oleh Allah.

Menyingkap kembali kedatangan Islam 700 tahun yang silam, dimana sebelum kedatangan Islam manusia menganut agama hindu dan menyembah berhala. Mubaliq telah mengembangkan Agama Islam di nusantara dengan berbekalkan ilmu, budi pekerti dan akhlak yang baik.Pada ketika itu raja-raja Melayu yang menjadi pemerintah cukup kuat berpegang kepada agama. Ini dikuti orang Melayu khasnya cukup taat kepada raja pemerintah. Sekarang Malaysia mengamalkan pemerintahan "Raja Berpelembagaan".

Dalam Malaysia yang mempunyai penduduk sekitar 28 juta orang, Melayu cuma 60% dan selebihnya bangsa-bangsa lain.Kita hendaklah berdakwah dan berbuat baik dengan menunjukkan contoh yang baik kepada bangsa lain.agar mereka tidak takut kepada Islam. Ubah minda kita, semaikan kasih sayang dan tolong menolong diantara satu sama yang lain tanpa mengira kaum.Terangkan kepada mereka kebaikan Islam barulah mereka tidak takut kepada Islam.


Dalam proses memilih pemimpin pastikan kita sudah ada pilihan kerana kita ada hak memilih. Mata, telinga, tangan, kaki dan akal (minda) kita berhak menentukan pilihan yang terbaik.Setiap yang bernyawa pasti akan menemui kematian. Ini adalah satu peringatan kepada kita dan semua ini akan disoal diakhirat kelak.