NACKVISION COM

Thursday 28 February 2013

PERLAWANAN PERSAHABATAN DIANTARA "LINTANG UNITED" VS "PILIHAN PERIANG"

SUNGAI SIPUT : Pasukan bolasepak “Lintang United” akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan “Pilihan Periang” pada 3 Mac, 2013 jam 5.30 petang di padang Kampung Periang . Menurut Pengurus pasukan “Lintang United” Ir. Haji Ahmad Mazlan Othman (Yop Lan) , tujuan utama perlawanan ini ialah bagi mencungkil bakat-bakat pemain tempatan untuk diserap kedalam pasukan dibawah kelolaan beliau.
Selain itu, beliau berhasrat untuk menjadikan pasukan bolasepak “Lintang United”sebuah pasukan yang disegani dirantau ini , terdiri dari pemain-pemain tempatan yang berbakat dan berpotensi besar untuk diketengahkan.

JAMBATAN RUNTUH DIPUTRAJAYA

Tuesday 26 February 2013

PERHIMPUNAN RAKYAT TPM-PENIAGA GERAI MAKANAN DISABOTAJ



SUNGAI SIPUT: Peniaga Gerai makanan Razali Asari Gerai No.10 MDKK diperkarangan hadapan Pasar Sungai Siput merasakan dirinya disabotaj oleh pihak UMNO/BN sempena Perhimpunan Rakyat baru-baru ini dihadiri oleh Tan Sri Muhyiddin Yasin selaku Timbalan Perdana Menteri dan pemimpin komponen BN yang lain.
Menurut Razali Asari, pihak UMNO/BN melalui salah seorang pegawai MDKK telah menempah makanan di gerai beliau untuk tetamu yang mengiringi lawatan berkenaan dan mengunakan premis tempat beliau berniaga sebagai lokasi persinggahan induk. Khemah juga dipasang dihadapan gerai beliau.

Apa yang mendukacitakan ialah tempahan makanan yang dibuat tidak dimakan, malah pihak penyedia makanan lain telah dipanggil menghidangkan makanan dilokasi yang sama. Akibat dari sikap tidak bertanggungjawab pihak yang membuat tempahan iaitu UMNO/BN Sungai Siput, mengakibatkan beliau menanggung kerugian dan tidak dapat meneruskan perniagaan pada hari tersebut kerana ruang premis perniagaan dipenuhi tetamu yang diundang mereka.

Menurut beliau, makanan yang ditempah dibuang begitu sahaja malah bayaran yang sepatutnya dibayar berjumlah RM 258.40 tidak dijelaskan hingga kehari ini. Kerugian-kerugian lain juga terpaksa ditanggung beliau antara lain pendapatan harian berniaga pada kebiasaannya sekitar RM 200.00, gaji pekerja dan perbelanjaan lain.

Sehubungan itu, mengulas lanjut peristiwa yang berlaku, beliau merasa amat kesal  dianiaya dan dihina sedemikian rupa. Justeru katanya, pemimpin seperti ini sekiranya bertanding dalam pilihanraya mewakili UMNO/BN patut dihukum melalui kertas undi.     .
     

Monday 25 February 2013

BERILAH BANTUAN KEPADA YANG MEMERLUKAN

SUNGAI SIPUT : Jentera Pilihanraya PAS diketuai Saudara Ahmad Puat Abd Ghani selaku Pengarah Pilihanraya MTD Lintang mempunyai komitmen yang tinggi bagi membantu dan mempermudahkan urusan orang ramai menyemak daftar pemilih semasa mengiringi kunjungan Yop Lan di pasar sehari R&R Salak dekat sini. 

Pada masa yang sama salah seorang pengunjung telah meminta bantuan untuk menyemak status beliau sebagai pemilih.
Pengunjung berkenaan mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada PAS yang telah menyediakan perkhidmatan sedemikian bagi mempermudahkan urusan orang ramai .

GEGAR DUN LINTANG BERSAMA YOP LAN



SUNGAI SIPUT: Bakal Calun DUN Lintang, Ir.Hj. Ahmad Mazlan Othman (Yop Lan) diiringi Saudara Ahmad Puat Abd Ghani selaku Pengarah Pilihanraya MTD Lintang bersama anggota Jentera Pilihanraya disemua peringkat menyantuni peniaga-peniaga dan orang ramai yang berkunjung membeli belah di Pasar Sehari Perhentian R&R Salak sambil bertanya khabar dan mengedarkan risalah berkala terbitan PAS .

Kelihatan peniaga-peniaga dan orang ramai yang ditemui memberi respon yang amat baik dan sempat berbual mesra dengan Yop Lan. Pada masa yang sama , beliau dipelawa memberikan ucapan santai di sebuah gerai perkarangan sebelah tepi tapak perniagaan sambil minum petang bersama orang ramai. Rata-rata para peniaga dan orang ramai yang ditemui begitu ceria menerima kunjungan Yop Lan.

Sekiranya rakyat dapat mengekalkan momentem yang ada sekarang, tidak mustahil calun Pakatan Rakyat yang diwakili PAS dapat memenangi kerusi DUN Lintang dalam pilihanraya ke-13 ini dan seterusnya menyumbang satu kerusi  kemenangan bagi memerintah Negeri Perak yang telah dirampas UMNO/BN secara tidak sah.     

Saturday 23 February 2013

PENIAGA-PENIAGA PASAR SUNGAI SIPUT CERIA TERIMA KUNJUNGAN PIMPINAN PAKATAN RAKYAT



SUNGAI SIPUT: Warga Sungai Siput terutama peniaga-peniaga dikawasan pasar, deretan gerai dan pasar sehari  di Bandar Sungai Siput ceria terima kunjungan YB Dato’ Seri  Haji Nizar Jamaluddin diiringi Ir. Haji Ahmad Mazlan Othman (Yop Lan) bakal calun Pakatan Rakyat DUN Lintang dari PAS ,YB Leong Mee Meng (ADUN Jalong), pimpinan Dewan Himpunan Penyokong PAS ,DAP, PKR dan PSM sambil mengedarkan risalah berkala dari parti komponen Pakatan Rakyat.

Rata-rata peniaga yang ditemui melahirkan rasa gembira dan pasti memberi  sokongan padu kepada calun-calun Pakatan Rakyat yang bertanding dalam pilihanraya kali ini. Keceriaan peniaga-peniaga jelas terpancar apabila ada diantara mereka mempelawa Dato’ Seri Nizar dan Ir. Haji Ahmad Mazlan Othman bergambar kenangan dan melaungkan kata-kata “ Kita ubah kali ini” jelas kedengaran.

Fenomena golongan peniaga dan rakyat keseluruhan amnya semakin cenderung untuk membuat perubahan dalam pilihanraya ke-13 nanti. Sokongan berbagai kaum yang diterima amat memberangsangkan dan berperanan besar dalam usaha merealisasikan kemenangan di ,DUN Lintang, DUN Jalong , Parlimen Sungai Siput dan Negeri Perak amnya.

Ini memberi isyarat jelas kepada UMNO/BN supaya akur dengan kehendak rakyat dan jangan terlalu angkuh dan zalim apabila diberi kuasa memerintah. Walaupun peruntukan pembangunan Ahli Parlimen Sungai Siput dinafikan oleh kerajaan yang memerintah BN, namun rakyat tetap memberi sokongan padu dan kekal  bersama Pakatan Rakyat.

Usaha untuk memecahbelahkan keharmonian masyarakat berbilang kaum gagal direalisasikan oleh pihak -pihak tertentu yang cenderung untuk menghancurkan gabungan parti-parti dalam Pakatan Rakyat. Melalui medium arus perdana seperti akhbar dan media elektronik milik UMNO/BN sudah tidak diminati dan dipercayai lagi oleh sebilangan besar rakyat.
Rata-rata rakyat yang tinggal dikampung-kampung pendalaman tidak boleh diperbodohkan lagi . Konsep media tanpa sempadan melalui media baru seperti “facebook, twiter,blog dan youtube”menjadi pilihan mereka.  Rakyat telah mendapat maklumat yang pantas dan tepat dari berbagai-bagai sumber media baru.   

Friday 22 February 2013

SALAM PERJUANGAN KEPADA SEMUA PENGUNDI DUN LINTANG

PAS SG. SIPUT :BLOG & FACEBOOK YANG BOLEH DIIKUTI

YOP LAN MENYANTUNI ANAK MUDA

SUNGAI SIPUT- Walaupun dalam keadaan keletihan dan sibuk dengan program disiang hari, namun Yop Lan tidak menghampakan harapan anak-anak muda bergaul mesra bersama mereka. Selepas Solat Isyak berjamaah. program yang telah diatur oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan Sungai Siput akan berjalan mengikut jadual secara santai.

Program seperti ini mendapat sambutan diluar jangka pada minggu sebelumnya, akan diteruskan dalam format yang berlainan mengikut keadaan semasa. AF Ustaz Isran Fahmi Ismail selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Sungai Siput merangkap Exco Dewan Pemuda PAS Negeri Perak ketika ditemui menyatakan komitmen beliau dan anak buahnya,  berikrar akan menumpukan sepenuh tenaga pemuda bagi membantu DUN Lintang mencapai kemenangan dalam pilihanraya ke-13.

BERSAMA-SAMA KITA MEMBAWA ANGIN PERUBAHAN DI DUN LINTANG


Thursday 21 February 2013

YOP LAN BERSAMA ROMBONGAN MENYANTUNI MASYARAKAT ORANG ASAL DI PERJE UPU POS LEGAP

SUNGAI SIPUT: Yop Lan bersama rombongan, berkesempatan melawat dan menyantuni masyarakat Orang Asal di Sungai Perje dalam UPU Pos Legap. Kawasan penempatan Orang Asal Sungai Perje terletak jauh dipendalaman terpaksa melalui jalan yang berliku untuk sampai kedestinasi. Namun begitu, tidak mematahkan semangat beliau serta rombongan untuk sampai kesitu dengan pacuan empat roda yang memakan masa sekitar 2 jam dari Sungai Siput.

Masyarakat Orang Asal dipenempatan berkenaan begitu mesra dan bergambar kenangan bersama Yop Lan .Dalam masa yang sama beliau berpeluang bertanya khabar dan menyampaikan sumbangan kepada keluarga Orang Asal dipenempatan berkenaan.


 

Sunday 17 February 2013

SANTAI PEMUDA BERSAMA YOP LAN



SUNGAI SIPUT: Program “Santai Pemuda” bersama Yop Lan  yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan Sungai Siput mendapat sambutaan diluar jangkaan. Tapak program iaitu diperkarangan hadapan rumah Yop Lan di Simpang Trosor, Sungai Siput . Kehadiran pemuda dari kampung-kampung dipersekitaran dalam DUN Lintang amat menggalakan.

AF Ustaz Fahmi Ismail selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Sungai Siput merangkap Exco Lajnah Kebajikan Pemuda PAS Negeri Perak ketika ditemubual, menyatakan pemuda akan menganjurkan program seperti ini setiap hujung minggu dan aturcara akan disesuaikan mengikut selera anak muda asalkan tidak bercanggah dengan syarak.

Penganjuran program seperti ini bertujuan merapatkan ukhwah dikalangan pemuda. Bersantai sambil makan dapat memupuk jalinan kemesraan  dan mengujudkan satu pasukan pemuda bagi membantu Jentera Pilihanraya menjelang PRU ke-13 yang boleh berlaku bila-bila masa dari sekarang. Selain dari itu momentum pemuda hendaklah dikekalkan.  .

Dalam perkembangan yang sama, ketika “Sembang Santai”, Yop Lan menyentuh beberapa perkara  antara lain ialah pembentukan pasukan bolasepak “Lintang United”. Harapan beliau untuk mengujudkan satu pasukan bolasepak yang disegani dirantau ini. Pemilihan pemain-pemain tempatan dalam DUN Lintang yang berpotensi akan diadakan dalam masa terdekat.

Selain dari itu beliau banyak menyentuh mengenai kesukaran bagi mendapatkan pekerjaan dari kalangan anak-anak muda yang menganggur dan terpaksa bersaing dengan pendatang  asing, dimana syarikat swasta terlalu memikirkan keuntungan dari kebajikan rakyat tempatan  yang masih belum mempunyai pekerjaan.

Salah satu dari keperluan asas untuk menceburi bidang pekerjaan ialah kemahiran dalam bidang-bidang tertentu. Kos untuk memiliki kemahiran tertentu terlalu tinggi diluar kemampuan anak-anak muda. Sebagai contoh bagi  mendapatkan lesen memandu kenderaan  untuk bekerja sebagai pemandu terpaksa mengeluarkan perbelanjaan mencecah RM 600.00 ke RM 1,000 disetengah tempat.

Beliau berjanji jika sekiranya diberi peluang memerintah kali ini, Pakatan Rakyat ada potensi besar untuk membantu membangun, mengembangkan minat pemuda bagi mendapatkan pekerjaan. Seterusnya beliau menyeru pemuda-pemuda membantu Pakatan Rakyat memenangi pilihanraya kali ini. Undi yang saudara berikan pasti akan mendapat ganjaran pahala dari Allah, kerana PAS memperjuang dan menegakkan syariat Islam. Mana mungkin mengundi parti yang memperjuangakan Islam tidak dapat pahala sedangkan membuang duri atas jalan pun akan diberi ganjaran pahala dari Allah.

Dalam program sembang santai kali ini, Yop Lan mempelawa pemuda-pemuda yang ingin meluahkan apa jua pandangan dan teguran yang membina  tampil kehadapan bersembang dengan beliau.   

Saturday 16 February 2013

KEPERIHATINAN SEORANG PEMIMPIN


SUNGAI SIPUT: Keluhan dan rintihan Saudara Kamarudin Abd Hamid dari Kampung Kandang Hilir, Kota Lama Kanan memohon bantuan membaiki atap dan tandas rumah beliau yang telah uzor telah mendapat perhatian Ir. Hj. Ahmad Mazlan Othman (Yop Lan) . Ini adalah rentetan dari lawatan mengejut Yop Lan dan YB.Dr. Kumar tempohari kerumah beliau. Sebelum ini beliau pernah mengajukan permohonan kepada pihak UMNO/BN tetapi hingga kehari ini tidak mendapat layanan. 

Atas keperihatinan Yop Lan, kerja gotong royong bagi tujuan tersebut telah dapat dijalankan pagi ini bersama anak buah beliau diketuai oleh Saudara Ahmad Puat Abd Ghani (Pengarah Pilihanraya MTD Lintang) .   

Saudara Kamarudin Hamid yang bekerja sebagai penoreh getah dan mempunyai anak seramai sembilan orang, tidak mampu mengeluarkan perbelanjaan bagi tujuan tersebut.     Perbelanjaan membeli peralatan disumbangkan oleh Yop Lan sendiri.  Tuan rumah sekeluarga mengucapkan terima kasih kepada Yop Lan dan rombongan atas perhatian dan keperihatinan beliau.
 


















Wednesday 13 February 2013

SANTAI PEMUDA BERSAMA YOP LAN

BERJASA KEPADA RAKYAT WALAUPUN PERUNTUKAN PEMBANGUNAN DINAFIKAN BN




SUNGAI SIPUT : Kerajaan Barisan Nasional (BN) telah menzalimi rakyat dikawasan Parlimen Sungai Siput, dimana peruntukan pembangunan Ahli Parlimen Sungai Siput YB Dr. Jeyakumar telah dinafikan. Peruntukan pembangunan berkenaan sepatutnya disalurkan secara adil kepada semua Ahli Parlimen dan ADUN . Malang sekali Kerajaan BN tidak berlaku adil kepada semua Ahli Parlimen dan ADUN dari Pakatan Rakyat.

Walaupun tekanan dan kezaliman BN berterusan hingga keakhir penggal, namun tidak mematahkan semangat Ahli Parlimen Sungai Siput YB Dr. Jeyakumar dan Ir. Haji Ahmad Mazlan Othman yang begitu sinonom dengan panggilan “Yop Lan” berkhidmat kepada rakyat dikawasan Parlimen Sungai Siput amnya dan DUN Lintang khasnya.

Atas daya inisiatif Yop Lan dan YB Dr. Jeyakumar serta sokongan dari orang ramai, sebuah jambatan gantung telah berjaya dibina dipenempatan Orang Asal di Perje, kawasan pendalaman. Jambatan berkenaan telah  dibina secara kerja gotong royong oleh penduduk tempatan dan  tenaga pakar yang didatangkan khas dari firma Yop Lan sendiri.  Dalam masa yang sama Ir. Haji Ahmad Mazlan Othman sebagai Jurutera Perunding yang mempunyai kepakaran dalam bidang berkenaan  bertanggungjawab sebagai Jurutera projek pembinaan jambatan berkenaan.

Difahamkan, kos pembinaan jambatan berkenaan menelan belanja kurang lebih RM 80,000 hasil sumbangan terbesar dari Yop Lan dan YB Dr. Jeyakumar dan selebihnya dari sumbangan orang ramai. Sumbangan besar kedua-dua pemimpin tetap dikenang oleh seluruh masyarakat Orang Asal di Perje khasnya . Rata-rata rakyat dikawasan terhutang budi kepada kedua-dua pemimpin.